Thursday, 13 July 2017


Konvoi Jelajah 1Jiwa bersempena sambutan ulangtahun ke-50 Jubli Emas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tiba di Terengganu hari ini dengan penyertaan 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Konvoi  selama lapan hari, bermula 8 Julai lalu itu disertai kakitangan Bernama dan pemilik motosikal berkuasa tinggi akan mengunjungi semua negeri di Semenanjung.

Program sama turut melawat  biro  dan pejabat Bernama serta beberapa rumah pesara Bernama bagi menjalin hubungan berterusan antara mereka dengan agensi  berita itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia berharap program Jelajah itu membawa Bernama lebih dekat di hati rakyat termasuk masyarakat di Terengganu.


Katanya, dia difahamkan jelajah  selama lapan hari, bermula 8 Julai lalu itu turut mengunjungi   pesara-pesara Bernama yang uzur.

“Saya berharap program seumpama ini akan diteruskan  dengan penglibatan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat,” katanya .

Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.


Ahmad Razif turut mengingatkan peserta konvoi agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan memandangkan kadar kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini agak membimbangkan. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan