Thursday, 16 March 2017

Shafruddin menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2016 kepada Husna selepas
mengumumkan keputusan SPM di JPNT Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkifli Putra

Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.

Pencapaian keseluruhan itu melepasi GPK kebangsaan yang menetapkan sekurang-kurangnya  5.10 GPK.

Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.

Katanya, dua calon SPM negeri ini iaitu Husna Mardhiyyah Mohd  Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dipilih sebagai pelajar cemerlang.


“Manakala pelajar cemerlang bagi kategori Calon Berkeperluan Khas pula dianugerahkan kepada pelajar SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu, Nur Syuhada Alias.

“Syuhada berjaya memperoleh 4 (A) 1(A-) 1(B+) 1(C) 1(E) walaupun mengalami cacat penglihatan sejak kecil,”katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT),  Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Shafruddin, kategori sekolah cemerlang diperoleh  SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dengan pencapaian gred purata sekolah (GPS) 1.42 dan SM Sains Kuala Terengganu dengan GPS 2.14.

“Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran pula, 30 daripada 55 mata pelajaran mencatatkan peningkatan.

“Daripada 20,517 calon yang  mendaftarkan diri untuk SPM 2016, hanya 19,968 calon menduduki peperiksaan itu, ketidakhadiran mereka di atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan, termasuk kematian dan kemalangan,”katanya.



Related Posts:

  • UniSZA, Skuad Sukarelawan TTB Jalin Kerjasama Bagi Misi Kemanusiaan Ahmad Razif menyempurnakan Majlis Perasmian Mahabbah IKIMFM @ UniSZA 2018: Untukmu Al Aqsa Dan Rohinya di Perkarangan Masjid UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan… Read More
  • Rakyat Perlu Buat Pilihan Tepat Ahmad Razif beramah mesra dengan tetamu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Rakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “ke… Read More
  • Jangan Silap Langkah Lagi - Ahmad Razif Ahmad Razif mengagihkan bantuan pentadbiran kepada J3K DUN Seberang Takir. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Rakyat digesa agar mengingati dan menilai semula kerenah pemimpin Pas ketika parti itu memerintah Terengganu se… Read More
  • Calon PRU14 Terengganu Lulus Saringan SPRM Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Ihtifal Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ah… Read More
  • Polis Siasat Kes Portal Fitnah Mohd Sabri Laporan polis mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan terhadap penulis berita dan pemilik portal dipercayai milik sebuah parti pembangkang yang menyiarkan berita berunsurkan fitnah. Foto oleh Hasmizi Hamid P… Read More

Demi Masa

SABTU, 7 Jun 2018
3:29 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75605
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan