Thursday, 16 March 2017

Wan Abdul Hakim meninjau lokasi
Kejohanan Kapas-Marang International Swimathon 2017 dijadualkan pada 19 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Seramai 400 peserta melibatkan 26 buah negara bakal berentap dalam kejohanan Kapas- Marang International Swimathon 2017 sejauh 6.5 kilometer bagi edisi ke-18 pada 19 Mac ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar  berkata, kejohanan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri itu banyak membantu Terengganu dalam mempromosikan negeri ini.

“Untuk tahun ini, seramai 400 peserta mengesahkan penyertaannya dan 67 daripadanya merupakan dari luar negara termasuk dari Algeria, Australia, Kanada, China serta peserta dari Jerman yang memegang rekod terpantas dalam kejohanan ini, Benjamin Konscak.

“Jumlah ini makin berkembang dari tahun ke tahun serta kita juga turut menerima kembali kedatangan peserta-peserta yang pernah menyertai kejohanan ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Kapas-Marang International Swimathon 2017 di Pulau Kapas, Marang, hari ini.

Dalam kejohanan tersebut, perenang termuda yang telah mengesahkan kehadirannya adalah peserta dari Malaysia, Phua Yu Ning, 12, manakala peserta tertua pula adalah dari Kanada, Paul Brewer, 69.

Sebanyak enam kategori bakal dipertandingkan pada kejohanan tersebut dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000. - teganukite.net

Related Posts:

  • Ahmad Samsuri Menteri Besar Baharu Terengganu Sultan Terengganu berkenan menerima Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu ya… Read More
  • PRU14: Ajal Di Pusat Mengundi Proses mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai gempar apabila seorang wanita yang sedang menunggu giliran untuk membuang undi tiba - tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Dalam kejadian pukul 9.05 mi… Read More
  • MB Terengganu Baharu Mulakan Tugas Rasmi Menteri Besar Terengganu yang baharu, Dr Samsuri memulakan tugas rasmi di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Menteri Besar  Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas… Read More
  • Kerajaan Negeri Tidak Mahu Dibayangi Sejarah 1999 Prof. Dr. Ahmad Samsuri memulakan tugas hari pertama sebagai Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri akan memfokuskan kepada usaha mem… Read More
  • Kadar Zakat Fitrah Terengganu Minimum RM7 Osman (kiri) menunjukkan kadar zakat fitrah bagi Negeri Terengganu pada Majlis Pengistiharan Ketetapan Fitrah Bagi Tahun 2018 di Pejabat Maidam, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Majlis Agama Islam dan Adat M… Read More

Demi Masa

AHAD, 1 Jun 2018
2:19 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75548
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan