Wednesday, 29 March 2017


Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM300,000 bagi membantu penternak ikan kerapu di persisiran pantai di Terengganu sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, berkata peruntukkan itu  termasuk membekalkan induk kerapu, membekalkan peralatan-peralatan seperti tangki, sistem air laut dan juga peralatan-peralatan lain.

Katanya, kebanyakan benih kerapu sekarang ini masih perlu diperolehi dari luar negara seperti Bali ataupun Surabaya di Indonesia.

“Apa yang diusahakan penternak benih ikan itu di Terengganu sebelum ini menemui kegagalan disebabkan faktor cuaca dan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan.

“Walaupun gagal,  kita berjaya menghasilkan benih ikan dari spesis lain, termasuk siakap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu  pada hari kedua, semalam..

Menurutnya, tiga lokasi penetasan bagi projek pembenihan dan ternakan ikan kerapu yang diusahakan Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) beberapa tahun lalu telah pun diserahkan kepada pihak lain.


"Satunya kita serah kembali kepada perikanan, dua lagi kita bekerjasama dengan syarikat swasta yang mana untuk mengeluarkan benih kerapu,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Galak Ibu Tunggal Ceburi Bidang Keusahawanan Golongan ibu tunggal di negeri ini perlu berani untuk menceburi bidang keusahawanan dalam usaha mengubah nasib keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wan… Read More
  • 3,000 Anak Perantau DUN Pengkalan Berangan Dirai Seramai 3,000 anak perantau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan diraikan dalam Sambutan Hari Raya Perantau di Kediaman ADUN Pengkalan Berangan, malam tadi.A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa… Read More
  • Koguru Buka Peluang Ikuti Umrah Musim Sejuk Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pakej umrah musim sejuk pada bulan Disember 2017 yang masih mempunyai kekosongan. Pengerusinya Alias Yah… Read More
  • Masjid UniSZA Sedia Cermin Mata Wakaf Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi masjid pertama di Terengganu menyediakan sebanyak 50 cermin mata bagi diwakafkan kepada jemaah dalam usaha membantu menyelesaikan masalah jemaah yang mengalami rabun… Read More
  • 10,000 Meriahkan Rumah Terbuka Tengku Putera Hampir 10,000 orang terdiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang , Dato' Tengku Putera Tengku Awang pada Hari… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan