Wednesday, 29 March 2017


Kerajaan negeri disarankan agar menubuhkan satu jawatankuasa khas sebagai persedian awal dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang baru dilancarkan pada 22 Mac lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, DFTZ  adalah sumber pendapatan baru untuk negara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan negeri.

“Saya meminta pihak kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T), serta exco-exco cuba fokuskan kembali bagaimana untuk mencari ruang atau sumber pendapatan negara yang terbaru ini.

“Kita tidak boleh lepaskan peluang ini tatkala kita menjalankan aktiviti konvensional, masih mengharapkan kepada pendapatan minyak. Kita perlu fokus dan kumpul segalanya terhadap bagaimana untuk kita dapat mencari pendapatan yang bakal dijana oleh DFTZ ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.

Wan Abdul Hakim berkata, teknologi kini sudah berubah apabila ianya turut meliputi landskap kehidupan manusia, pengurusan kerajaan serta pengurusan syarikat.

Tambahnya DFTZ yang baru dilancarkan tersebut dijangka akan memberi beberapa kesan positif kepada negara dalam masa lapan tahun.

“Pertama DFTZ akan menyumbangkan 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara (GDP) menjelang 2025 iaitu sebanyak RM286 bilion serta pertumbuhan eksport akan berganda dalam masa yang sama.

“60,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan turut diwujudkan dalam masa lapan tahun ke hadapan,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Loji Janakuasa Tenaga Solar Di Telok Kalong Mula Beroperasi Ahmad Samsuri menandatangani plak sebagai gimik perasmian. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Loji Janakuasa Tenaga Solar berkapasiti 18.5 Megawatt (MW) milik Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad (EPIC) mula bero… Read More
  • TDM Buka Kilang Baja Bio-Organik Automasi Pertama Di Malaysia Ahmad Samsuri melihat pokok lada yang menggunakan baja TDMBIO. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  TDM Berhad anak syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkem… Read More
  • Sasaran PITAS 2030 Realistik Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifat… Read More
  • `Jangan Beritahu Saya Isteri Menteri Besar' - MB “Pesanan saya kepada beliau supaya pergi (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu) sebagai rakyat dan jangan pergi beritahu saya isteri Menteri Besar, tentulah mendapat layan `first class’. Pergi sebagai rakyat bias… Read More
  • Khumaira Anak Angkat Terengganu Ahmad Samsuri melawat Khumaira yang sedang dirawat di HSNZ. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Kerajaan negeri bercadang  mahu menjadikan kanak-kanak malang Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7,  yan… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:57 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74697
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan