Sunday, 26 March 2017

Dato' Mohd Jidin bersama perserta yang mengikut program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.

Kerajaan negeri berhasrat memperluaskan Program Earth Hour di peringkat negeri Terengganu ke lokasi tumpuan lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya di kalangan belia terhadap situasi semasa alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, program yang julung kali diadakan Terengganu malam tadi mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta mengikuti perarakan mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu.

Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mahu meneruskan penganjuran acara itu pada masa akan datang di lokasi berbeza bagi memupuk kesedaran rakyat Terengganu.

"Program yang dijalankan ini adalah antara julung kali diadakan di Terengganu sebagai tanda penghormatan kepada 172 negara lain untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

“Untuk permulaan kita lakukan dahulu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Kemungkinan juga kita akan pilih di kawasan Batu Buruk dan kawasan-kawasan rekreasi di setiap daerah untuk memberi penghormatan serta pengajaran kepada belia supaya mereka lebih faham tentang penjimatan elektrik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir Datuk Bandar MBKT, Zulkifli Abu Bakar.

Dalam program tersebut pelbagai acara sampingan turut dijalankan termasuk Night Walk sejauh 1.36 kilometer, menanam pokok serta pameran-pameran persembahan selain daripada aktiviti utama iaitu penutupan lampu di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu selama satu jam bermula 9.15 malam. - teganukite.net

Related Posts:

  • Wanland Metro Bina 370 Unit Rumah Teres Mampu Milik Nawi melihat rumah contoh yang dipamerkan kepada orang ramai  Syarikat pemaju perumahan, Wanland Metro Sdn Bhd telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi membina 370 unit rumah teres mampu milik di Ka… Read More
  • 484 Penduduk Seberang Takir Terima Bantuan JKM Ahmad Razif mengagihkan bantuan JKM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Seramai 484 penerima Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat   kawasan Seberang Takir menerima bantuan  yang bernilai RM99,300, petang se… Read More
  • Perkasa Wanita Menerusi Road To MAHA 2018 Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  menyasarkan penglibatan golongan wanita menerusi program Road To MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) 2018 adalah bukti komitmen kera… Read More
  • Sidang Akhbar Khas 11.30 Pagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 11.30 pagi ini di Bangunan Perdana Putra, Kuala Lumpur. Sidang akhbar khas itu bertujuan mengumumkan pembubaran Parlimen bag… Read More
  • Mansuh ECRL Merugikan Rakyat Terengganu Mohd Zubir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini. “Satu perkara bagi saya akan merugikan orang Terengganu ka… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:22 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan