Herow Band akan memeriahkan industri tanah air dengan mempertaruhkan mini album pertama berjudul Hanya Kamu Saja - Foto Zulkifli C W Putra
Kugiran anak Terengganu, Herow Band akan melancarkan sebuah mini album pertama berjudul `Hanya Kamu Saja' yang bakal memeriahkan persada seni tanah air, tidak lama lagi.
Bagi pelancaran tersebut, sebanyak 500 unit album dicetak dan akan dijual dengan tawaran RM10 pada hari pelancaran, manakala untuk hari seterusnya RM12 seunit.
Herow Band yang ditubuhkan pada 2012 terdiri daripada lima anak muda Syahidin, Salam dan Salihin Mohd Salim yang juga anak kepada pemain gitar bass, Mohalim daripada kumpulan Iklim. Sementara dua orang lagi, Aiman Hakim dan Shahriman Sulaiman.
Konsep kumpulan ini ialah membawa lagu-lagu berunsur pop, akustik dan balada Bakat mereka diasah dan di beri tunjuk ajar oleh Mohalim sendiri.
Vokalis kumpulan, Muhd Syahidin,21, berkata album yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu mengandungi empat lagu dengan memperjudikan `Hanya Kamu Saja' sebagai lagu hits dan dijangka bakal mendapat tempat di kalangan golongan muda.

"Kami sering dijemput membuat persembahan di Pantai Timur khususnya Terengganu. Malah, kami juga tidak menolak untuk membuat persembahan di seluruh negara jika berpeluang mengembangkan lagi bakat dan karier kami demi memeriahkan industri seni negara kita.
“Kumpulan kami juga pernah menjadi juara sebanyak tiga kali dalam persembahan busking di Terengganu pada 2014,"katanya ketika ditemui wartawan Teganukita, semalam.
Katanya, pada sambutan hari raya tahun ini, kumpulannya mencipta satu lagu yang berjudul `Joget Di Hari Raya' yang telah dimuatnaik di laman sosial YouTube.
“Buat masa sekarang kami masih mengikat kontrak dengan Manis FM selama enam bulan dan membuat persembahan yang melibatkan agensi itu dan di mana-mana acara yang diminta,” katanya.
Pengurus kumpulan, Mohalim pula berkata, dia mahu memeriahkan lagi persana seni negara dan melihat bakat anak-anaknya boleh diketengahkan untuk mewarnai industri muzik negara.
“Oleh kerana kumpulan Iklim telah lama menyepi, saya mengambil satu inisiatif baru sebagai kesinambungan dalam industri seni tanah air.
“Hampir empat tahun saya mengambil masa untuk menubuhkan kumpulan ini. Ketika mereka masih di alam persekolahan saya mengajar cara-cara bermain gitar dan memberi tunjuk ajar supaya satu masa dapat menghasilkan kumpulan baru.
“Untuk konsep dan lagu kumpulan ini, saya memberi kebebasan kepada mereka dan bukan mengikut konsep saya atau Iklim dalam menciptakan sesuatu yang baharu dan segar dengan halwa telinga pendengar terkini khususnya di kalangan anak muda masa kini. Walaubagaimanapun, saya akan sentiasa pantau dan memberikan sokongan penuh kepada mereka.
“Harapan saya agar album ini mendapat sambutan kerana saya dapat melihat kesungguhan mereka dalam menghasilkan album dan produk sendiri tanpa ada pihak lain yang menguruskan,”katanya.
“Kumpulan kami juga pernah menjadi juara sebanyak tiga kali dalam persembahan busking di Terengganu pada 2014,"katanya ketika ditemui wartawan Teganukita, semalam.
Katanya, pada sambutan hari raya tahun ini, kumpulannya mencipta satu lagu yang berjudul `Joget Di Hari Raya' yang telah dimuatnaik di laman sosial YouTube.
“Buat masa sekarang kami masih mengikat kontrak dengan Manis FM selama enam bulan dan membuat persembahan yang melibatkan agensi itu dan di mana-mana acara yang diminta,” katanya.
Mohalim |
“Oleh kerana kumpulan Iklim telah lama menyepi, saya mengambil satu inisiatif baru sebagai kesinambungan dalam industri seni tanah air.
“Hampir empat tahun saya mengambil masa untuk menubuhkan kumpulan ini. Ketika mereka masih di alam persekolahan saya mengajar cara-cara bermain gitar dan memberi tunjuk ajar supaya satu masa dapat menghasilkan kumpulan baru.
“Untuk konsep dan lagu kumpulan ini, saya memberi kebebasan kepada mereka dan bukan mengikut konsep saya atau Iklim dalam menciptakan sesuatu yang baharu dan segar dengan halwa telinga pendengar terkini khususnya di kalangan anak muda masa kini. Walaubagaimanapun, saya akan sentiasa pantau dan memberikan sokongan penuh kepada mereka.
“Harapan saya agar album ini mendapat sambutan kerana saya dapat melihat kesungguhan mereka dalam menghasilkan album dan produk sendiri tanpa ada pihak lain yang menguruskan,”katanya.
Selain menyanyi, Herow Band juga turut mempelbagai punca pendapatan mereka dengan menjual produk yang dihasilkan sendiri, T-Shirt Herow Band dan minyak wangi `Herow by Sembo' yang turut dijual menerusi media sosial Facebook serta Instagram. - teganukite.net