Zainal menyerahkan sumbangan bernilai RM1.1 juta dari kerajaan negeri kepada Farhan bagi menguruskan pasukan tersebut sepanjang musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerima tajaan sebanyak RM6.9 juta daripada kerajaan dan beberapa buah syarikat untuk menghadapi saingan pada musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, sebanyak 26 syarikat dari dalam dan luar negara termasuk Jepun, China dan Singapura bersetuju untuk memberi tajaan kepada TSG.
Katanya, penajaan dari segi kewangan dan barangan tersebut mampu membantu pasukan di bawah kendalian Jeremy Hunt selaku jurulatih untuk menempa lebih banyak kejayaan pada tahun ini.
“Saya harap penajaan ini tidak dipersiakan dan akan digunakan sepenuhnya bagi membolehkan TSG menjadi pasukan digeruni di rantau ini.
“Jumlah itu memang mencukupi bagi musim 2017 kerana kita sudah menjangka perbelanjaan sebanyak ini sejak musim lepas dan yang penting, ia dapat meringankan beban kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Penajaan dan Pengenalan Pasukan TSG bagi musim 2017 di Kuala Lumpur.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab.
Tambahnya, anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd merupakan penyumbang terbesar melibatkan tajaan sebanyak RM2 juta, diikuti syarikat Shimano (Singapore) Pte Ltd (RM1.3 juta) serta Kerajaan Terengganu sebanyak RM1.1 juta.
Rozi berkata, untuk tahun ini, TSG mensasarkan untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan serta kelompok empat pasukan terbaik Asia dalam kejohanan Jelajah Asia UCI musim ini selain meletakkan sekurang-kurangnya memperoleh satu podium pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.
Bagi kejohanan LTdL kali ini, akan bermula pada 22 Februari, TSG mempertaruhkan enam pelumba iaitu Mohd Zamri Saleh sebagai ketua pasukan, Mohd Harrif Saleh, Anuar Manan, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Shahrul Mat Amin dan Dadi Suryadi. - teganukite.net
|
Sunday, 19 February 2017
Related Posts:
Nikmati `Light And Sound' Di TTI Secara Percuma 1 Januari Ini Taman Monumen di Taman Tamadun Islam (TTI) akan dibuka secara percuma pada 1 Januari ini dari jam 8 malam hingga 12 malam untuk persembahan Bunyi dan Cahaya (Light and Sound) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017. … Read More
PLUS Belanja RM5 Juta Baik Pulih Pagar Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLU… Read More
Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017 Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong. Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya… Read More
Peruntukan RM1.2 Juta Atasi Hakisan Pantai Tanjung Gelam Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM1.2 juta bagi menyelesaikan masalah hakisan yang berlaku di Pantai Tanjung Gelam, Kuala Nerus. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntu… Read More
Pesilat Negara Terima Lot Tanah Razak dan Siti Rahmah menerima sumbangan dari kerajaan negeri berjumlah RM16,500 serta satu lot tanah kediaman setiap seorang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa lot tanah… Read More