Tuesday, 3 January 2017



Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  peniaga perlu lebih mesra dalam menyambut kedatangan pelancong dengan budaya yang baik serta mesra, selain berurusniaga dengan kadar yang munasabah.

“Harga barangan perlulah berpatutan. Harga yang mahal secara tidak langsung akan memberikan imej tidak baik kepada negeri ini sendiri.

“Jangan pula ada peniaga merosakkan apa yang sedang kerajaan negeri laksanakan dengan memberi layanan yang tidak baik kepada pelancong-pelancong ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Meraikan Pelancong ASEAN di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.




Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Monspace Multinasional Corp, Dato’ Seri Jessy Lai.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berharap, agar dengan kedatangan pelancong ke Terengganu sempena VBT 2017 akan merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat.

“Bermula esok (hari ini) seramai lebih 3,000 pelancong dari negara-negara ASEAN akan melawat ke sekitar Kuala Terengganu termasuk Pasar Kedai Payang, Kampung Cina dan Pulau Warisan.

“Diharapkan dengan kehadiran pelancong-pelancong yang begitu ramai akan memberi manfaat kepada rakyat kerana mereka sudah pasti mula berbelanja di tempat-tempat yang dibawa ini,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Kampung Cina Tonjolkan Pelancongan Lestari Program Mek Awang Balik Kampung antara aktiviti yang menunjukkan Kampung Cina sebagai Pelancongan Lestari. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Program-program yang berlangsung di Kampung Cina, Kuala Terengganu menonjolkan perp… Read More
  • KB Street Ikon Baru Pelancongan Kuala Berang Lorong laluan pejalan kaki di tengah-tengah Bandar Bawah Tasik kini berubah wajah selepas dinaik taraf menjadi pusat jualan usahawan wanita muda sekali gus ikon terbaharu pelancongan di Kuala Berang.Laluan sepanjang kira-k… Read More
  • Mek Awang Balik Kampung 1 Februari Ini Program Mek Dan Awang Balik Kampung akan berlangsung bermula 1 Februari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Program Mek Dan Awang Balik Kampung selama tiga hari bermula 1 Februari ini bakal dijadikan sebagai pembuka tirai… Read More
  • Restoran Konsep Kapal Terbang Bakal Dibina Gerbang Galeri Pelancongan yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kuala Nerus bakal diberi nafas baru bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif  Abd Rahman berkata… Read More
  • Terengganu Terpilih Sertai TMM2020 Foto oleh : Zulkipli Putra Terengganu membuat persiapan rapi bermula tiga tahun dari sekarang bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) sebagaimana yang diisytiharkan Perdana Menteri.Menteri Besar, Dato' … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan