Sunday, 15 January 2017
Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Incorporated Sdn Bhd yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2017.
Pelantikan sebagai CEO baharu itu adalah bagi menggantikan Wan Zalizan Wan Jusoh yang menamatkan tugasnya pada 31 Disember tahun lalu.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Terengganu Inc, Rudirman mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam penstrukturan semula korporat serta pemulihan perniagaan.
Dengan pengalaman dan kepakaran yang ada pada beliau, Rudirman bakal menggunakannya untuk menghadapi cabaran menerusi kepimpinan operasi, pembangunan strategik dan pengurusan kewangan.
Sebelum menyertai Terengganu Inc, Wan Ahmad Rudirman ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Selia Ekuiti Sdn Bhd dan pernah memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan dalam beberapa syarikat terkemuka di Malaysia.
Antara jawatan itu termasuklah pemangku Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Besar Kumpulan, perkhidmatan operasi kumpulan KUB Malaysia Bhd, dan Ketua, Strategi Korporat, bahagian perancangan kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd.
Terengganu Inc. dijangkakan akan terus maju dan berkembang dibawah kepimpinan CEO baharu syarikat tersebut. - teganukite.net
Related Posts:
JBPM Jangka Ambil Masa Lebih Lama Selesai Siasatan KBC Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid menyampaikan Anugerah Menteri (Terbaik Keseluruhan) kepada Muhammad Jazli Hafiz Jafar Jafari pada Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Keb… Read More
MB Adakan Pertemuan Dengan Ketua Menteri Sarawak Berkait Isu Royalti Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Difahamkan, pertemuan yang memfokus isu royalti minyak itu turut dihadiri Me… Read More
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Taman Herba Pasir Raja Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menurunkan tandatangan pada plak perasmian sebagai gimik perasmian pembukaan Taman Herba Pasir Raja di Mukim Pasir Raja, Dungun, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim&… Read More
Fama Saran Pekebun Tanam Durian Klon Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyarankan pekebun durian di Terengganu lebih menumpukan penanaman pokok durian cantuman (klon) kerana harga pasaran yang lebih tinggi serta tempoh memperoleh h… Read More
Terengganu Teliti Penyaluran 20 Peratus Royalti Minyak Terengganu akan meneliti secara keseluruhan mengenai penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.Menteri Besar… Read More