Sunday, 15 January 2017
-
January 15, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN , UTAMA
Kerajaan negeri akan memperluaskan Program Hari Tanpa Kenderaan selama tiga jam ke seluruh daerah di negeri ini dalam usaha melahirkan masyarakat sihat dan mempunyai semangat kesukanan.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program sama yang diadakan pada hari Sabtu sekurang- sekurangnya sebulan sekali itu telah dimulakan di Kuala Terengganu.
Katanya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu memilih lokasi bermula dari kawasan Kampung Tanjung melalui Taman Syahbandar dan berakhir di Pulau Warisan yang membabitkan jarak sejauh tiga kilometer (km).
"Saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan di daerah lain turut mengadakan program seumpama ini dengan menyelitkan pelbagai aktiviti lain dalam tempoh terdekat.
" Apa yang dilaksana itu bukan saja menyihatkan badan malah membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, obesiti dan diabetis,"katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Kuala Nerus Car Free Hour, di perkarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus hari ini.
Lebih 1, 000 peserta terdiri pelajar sekolah, penuntut universiti, kakitangan awam dan swasta serta penduduk setempat menyertai program itu.
Sebelum itu, Ahmad Razif bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria dan tetamu kehormat lain menyertai senamrobik. - teganukite.net
Related Posts:
PRU14 : Sengketa Itu Biasa, Tidak Jejas Parti Idris Oleh: Ezzuan AhmadProtes yang berlaku pada segelintir ahli UMNO pada pengumuman calon untuk bertanding dalam pilihan raya adalah perkara kecil dan biasa berlaku di mana-mana.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idr… Read More
PRU 14: Masyarakat Cina Perlu Sokong BN Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat termasuk kaum Cina di negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi … Read More
PRU14 : Jangan Pilih Wakil Rakyat `Chipsmore' Mohd Sabri bergambar dengan sekumpulan guru selepas merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengundi di Kuala Terengganu dim… Read More
Kolej Komuniti Dungun Beroperasi September Ini Oleh : Ezzuan AhmadPenduduk di Daerah Dungun bakal menikmati pendidikan serta latihan vokasianal ( TVET ) apabila Kolej Komuniti Cawangan Dungun beroperasi selewat-lewatnya September ini.Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri… Read More
PRU14 : Senarai Calon BN Terengganu Muktamad Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Nerus Kali Ke-2 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Barisan Nasional (BN) Terenggan… Read More