Sunday, 15 January 2017
Pos Malaysia akan memperkenalkan inisiatif Digital Mailbox yang dilengkapi keperluan komunikasi kerajaan, perniagaan dan rakyat tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari berkata, pelanggan mahu pun korporat akan dapat menerima mel yang disampaikan oleh Pos Malaysia dalam bentuk digital, di samping mempunyai ciri keselamatan (digital signature).
"Terdapat elemen-elemen keselamatan seperti 'digital signature' yang akan diperketatkan bagi menjamin keaslian Penghantar dan Penerima.
" Dengan Digital Mailbox, Pos Malaysia akan menawarkan kedua-dua kaedah penghantaran pos secara fizikal dan digital, sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang telah berubah."kata Jailani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Masjid Kampung Menerong, Hulu Terengganu hari ini.
Digital Mailbox merupakan inisiatif transformasi Pos Malaysia dan melengkapi kemudahan perkhidmatan eDagang secara 24 jam seperti Ezibox, Parcel Lockers, Aplikasi mudah alih Pos (Mobile Apps) dan tidak lama lagi, keupayaan rangkaian eDagang yang bersepadu (end to end) bagi memenuhi setiap keperluan sektor tersebut.
Katanya lagi,kementeriannya dalam pelan tindakan 'blue print' juga ingin menjadikan pejabat pos sebagai hub daerah untuk memasarkan barang-barang yang berbentuk barangan tempatan bagi usahawan mikro kecil atau pertengahan.
"Ini antara strategi yang akan kita laksanakan pada tahun ini bagi membantu para usahawan untuk pasarkan barang jualan mereka."kata Jailani.
Seramai 500 mangsa banjir daripada tujuh kampung di Hulu Berang menerima sumbangan berbentuk barangan makanan,tilam dan bantal .
Barang keperluan ini disumbangkan oleh syarikat-syarikat korporat dan Badan-badan Bukan Kerajaan(NGO'S) seperti edotco Group,Touch Matrix dan U Mobile. - teganukite.net
Related Posts:
Pelawa Orang Bukan Islam Sertai Perkahwinan Perdana Ahmad Samsuri menyampaikan Sijil Simpanan Premium kepada pasangan pengantin. Foto Harish Fadzillah Kasim Kerajaan negeri mempelawa pasangan bukan Islam dan Orang Asli di Terengganu menyertai Perkahwinan Perdana bertu… Read More
Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail. Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739… Read More
Sultan Mizan Imarah Masjid Bukit Payung Sultan Mizan berkenan menyampaikan duit raya dan bersalaman dengan jemaah kanak-kanan sejurus selesai menunaikan solat Jumaat. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menun… Read More
RM200 Juta Untuk Dalamkan Muara Sungai Dungun Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awa… Read More
10,000 Rai Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Alur Limbat Pengunjung merakamkan kenangan bersama ADUN dan isteri. Sekitar 10,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dan sekitar Marang mengunjungi kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ariffin Deraman sempena… Read More