Tuesday, 27 December 2016

Taklimat pembangunan di daerah Kemaman turut disertai oleh Dato' Wan Nawawi dan pegawai-pegawai di Kemaman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Kemaman mencatatkan daerah yang berjaya menurunkan kadar miskin tertinggi, berbanding daerah-daerah lain di seluruh Terengganu, iaitu 87 peratus kepada 107 orang sehingga 22 Disember lalu, berbanding 828 orang yang direkodkan pada Januari tahun ini .

Pegawai Daerahnya, Rosman Roslan berkata, 721 orang yang berjaya diturunkan adalah menerusi pelbagai gerak kerja yang bersepadu dan intensif termasuk proses pemutihan kategori miskin di daerah berkenaan.

Rosman Roslan

Melalui statistik kemiskinan yang dikeluarkan oleh e-Kasih, Kemaman mempunyai sifar miskin tegar dan hanya 180 orang miskin.

“Antara yang dilakukan adalah melakukan makmal penyelerasan agensi pelaksana bagi proses pemutihan kategori miskin dalam sistem e-Kasih yang diadakan setiap Khamis serta adakan mesyuarat pelarasan penghulu mukim secara berkala setiap bulan bagi verifikasi maklumat miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Taklimat Khas Sempena Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ke Daerah Kemaman di Pejabat Daerah
dan Daerah Kemaman, hari ini.

Kemaman adalah daerah kedua dalam siri lawatan kerja SUK selepas lawatan perintis ke Hulu Terengganu pada minggu lepas.


Sebelum taklimat, SUK, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail turut merasmikan Kaunter Bergerak Unit Hasil Pejabat Tanah Kemaman.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya dan Ketua-ketua jabatan di Daerah Kemaman.

Dalam taklimat tersebut juga, Rosman turut membentangkan pembangunan semasa dan sudah siap di Kemaman.

Antara projek yang sedang giat dijalankan adalah pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kemaman dengan kos projek RM300 juta, Rancangan Tebatan Banjir Kemasik (RM60 juta), Naik Taraf Zoo Kemaman Fasa II (RM50 juta) serta Pembangunan Bandar Baru Kijal (RM30 juta).

Bagi projek yang telah siap pula merupakan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kijal, Masjid Gong Chengal, Sekolah Menengah YT Imtiaz Kijal, Pemecah Ombak Kuala Kemaman dan Darul Iman Training Center. - teganukite.net


Related Posts:

  • Penjawat Awam Perlu Bijak Guna Media Sosial - Ali Hamsa Ali Hamsa bergambar bersama sebahagian penjawat awam yang hadir di Majlis Amanat KSN Bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim Ketua Setiausaha Negara, Ta… Read More
  • PRU14 : `Wanita Besi' Terengganu Ahmad Razif (kiri) bersama Halina dan Zaitun (dua dari kanan) mengaminkan doa di majlis masuk kampung di Balai JKKK Kampung Surau Haji Yaakob, DUN Bukit Payung. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Barisan Nasional (BN) … Read More
  • PRU14: Teruja Mengundi Kali Pertama Shahfimil dan Nor Azwana ketika bersiaran langsung di laman sosial di terengganu  news dan terengganu times. Foto Tengku Syamim Tengku Tengku Ismail Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki seminggu dipen… Read More
  • PRU14 : MCA Dekati Pengundi Tionghua Oleh : Ezzuan AhmadMCA Bahagian Kemaman akan terus mendekati pengundi Tionghua atas pagar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menang di kerusi N31 Chukai dari tangan Pas.Pengerusi MCA Bahagian Kemaman, Datuk Seri … Read More
  • PRU14: Ambil Pendekatan Tidak Berkempen Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap mengambil pendekatan tidak berkempen buat masa ini kerana banyak perkhidmatan dan projek kesejahteraan untuk rakyat sudah dilakukan sejak lima tahun lalu. … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:22 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan