Monday, 13 November 2017


Kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersiap sedia dengan persiapan rapi kelengkapan logistik dan keanggotaan bagi menghadapi musim tengkujuh.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, simulasi banjir diadakan di lokasi-lokasi yang biasa berlaku bencana selain tindakan secara manual sudah dikeluarkan kepada jentera pengurusan banjir di setiap daerah.

Katanya, agensi penggerak utama seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa bersedia sepanjang tahun baik dari segi kekuatan keanggotaan dan kelengkapan bagi berdepan sebarang bencana alam atau kemalangan.

"Kita berpengalaman dua tiga kali menghadapi banjir besar di beberapa daerah di negeri ini dan paling teruk di Kemaman pada akhir 2015 dan Hulu Terengganu pada Disember tahun lalu.

“Berdasarkan pengalaman itu, Terengganu matang dalam menghadapi situasi banjir sehingga Terengganu dinobatkan negeri paling bagus dalam pengurusan banjir, jadi kita kekalkan dan pastikan pengurusan tahun ini akan lebih baik," katanya dalam satu majlis baru-baru ini. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan