Wednesday 11 July 2018

Ahmad Samsuri berbual dengan pelajar yang menerima penajaan PESP. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim
Petronas menganugerahkan penajaan melalui Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) kepada 43 anak Terengganu yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017

Mereka di antara 300 pelajar yang terpilih daripada 8,280 calon seluruh negara yang membuat  pemohonan pada tahun ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  pihaknya dimaklumkan seramai 1,488 pelajar Terengganu yang cemerlang dalam SPM mendapat tajaan melalui  program itu membabitkan  nilaian RM168 juta  sejak penubuhan PESP.

"Mereka yang terpilih perlu berasa bangga kerana daripada ribuan permohonan hanya sebilangan kecil sahaja yang terpilih.

"Apa yang istimewanya pelajar diberi peluang untuk memilih  melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sama ada dalam dan luar negara, selain ke Universiti Teknologi Petronas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
Majlis Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep), Batu Rakit.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas Dato’ Raiha Azni Abd Rahman.

Sementara itu, Dato’ Raiha berkata Petronas terus kekal komited di dalam penajaan pendidikan bagi memastikan pelajar yang layak, diberi peluang sepenuhnya untuk meneruskan kecemerlangan mereka di peringkat ijazah.

"PESP berjaya memenuhi keperluan sumber tenaga manusia Petronas dan negara dalam melahirkan tenaga kerja mahir terutamanya di dalam bidang minyak dan gas dan juga bidang-bidang yang lain.

"PESP ialah sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berterusan Petronas di dalam bidang pendidikan.

" Ianya adalah sebahagian daripada sokongan PETRONAS kepada usaha kerajaan di dalam bidang pembangunan sumber manusia negara," katanya.

Semenjak perlaksanaannya pada tahun 1975, PESP telah memberi manfaat kepada lebih daripada 36,000 orang pelajar dengan nilai perbelanjaan lebih RM3 bilion. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan