Thursday, 7 September 2017
Keprihatinan kerajaan terhadap peladang, penternak dan nelayan menyediakan inisiatif dalam bentuk bantuan, projek dan program bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan sasar.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya mempunyai dasar khususnya dalam sektor pertanian.
Katanya, apa yang dilaksanakan bukan tertumpu kepada produktiviti hasil pertanian sahaja malah turut menjurus kepada jaminan keselamatan makanan.
"Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk bekalan yang mencukupi, mudah diperolehi, harga munasabah dan keselamatan kualiti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Terengganu dan Pekan Budaya Besut, di Gong Kemuntong, Jertih, Besut, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman.
Ahmad Razif berkata, Terengganu memperkenalkan 18 inisiatif atau bantuan utama bertujuan meningkatkan ekonomi golongan sasar dalam sektor berkaitan.
Antaranya, peruntukan RM500,000 bagi meningkatkan pendapatan 40 pengusaha madu, projek melon manis (RM200,000 untuk 20 usahawan) dan projek Terengganu golden corn pula diperuntukkan RM900,000, bakal memberi peluang kepada 10 belia tempatan.
"Inisiatif lain, program dana usaha tani, My Farm Outlet, pasar ternakan dan pembinaan 40 tukun tiruan, " katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Bantuan Persekolahan Diagih Mulai Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif menyiram air sebelum memulakan Program Berkhatan Beramai- Ramai DUN Seberang Takir. Foto Tg Syamim Tg Ismail Dana Bantuan Persekolahan sesi 2018 yang membabitkan peruntukan mencecah RM14 juta bagi menampun… Read More
1,200 Jemaah Bakal Sertai Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB 2018 Jailani dan barisan kepimpinan negeri Terengganu bersama alumni program Khas Haji Perdana Menteri - Yayasan 1MDB di TH Hotel, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Seramai 1,200 calon bakal dipilih untuk men… Read More
Hakisan Pantai Di Mengabang Telipot Diberi Perhatian Kerajaan Untuk Diatasi Menteri Besar meninjau hakisan pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus, petang tadi. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Kerajaan negeri memberi perhatian yang penting terhadap kejadian hakisan pantai di sekitar Mengabang Telip… Read More
YDSM Kerah 250 Ahli Sudi Bantu Mangsa Banjir Dato' Mohd Fadzli menyampaikan cenderahati sambil memberi kata-kata semangat kepada seorang peserta khatan. Foto oleh Zulkifli CW Putra Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) mengerahkan Skuad Sukarelawan YDSM (Sudi) yang… Read More
Puteri UMNO Besut Anjur Program Di PPS Idris menyuap pulut kuning kepada peserta bertindik Pada Program Bertindik Beramai-Ramai Pelbagai aktiviti berfaedah diadakan bagi menghilang rasa bosan mangsa banjir ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara ( … Read More