Wednesday 11 July 2018


Seramai 120 peserta pelbagai latar belakang termasuk jurufoto, wartawan serta pelajar menghadiri Program Syarahan Kewartawanan Dan Media Berita Dalam Konteks Dunia Kini: “Witness, Behind The Camera And On The Photo Desk” di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) semalam.

Program anjuran Pusat Antarabangsa dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZa itu menampilkan Tengku Idris Bahar, anak kelahiran Terengganu yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang fotografi khususnya dalam gambar kewartawanan (photo journalism) bagi berkongsi pengalaman.


Tengku Idris Bahar yang kini berkhidmat di Agence-France Presse (AFP) sebagai Editor Asia-Pacific Photo Desk, Hong Kong pernah bekerja dengan AFP sejak 2004 di Malaysia, India dan Iraq.

Program syarahan kewartawanan yang dianjurkan itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga UniSZA khususnya berkenaan kepentingan fotografi dalam penghasilan berita dan karya yang melibatkan ilmu fotografi. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan