Halina menyampaikan hadiah kemenangan kepada Penolong Pegawai Tadbir, Zulmiksyar, mewakili Kelab Permata selepas diumumkan pemenang pertandingan gerai terbaik sempena Sambutan hari Raya Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman hari ini, penuh warna-warni dan diceriakan dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria.
Beliau dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada 80 pelajar sekolah rendah di sekitar Kuala Terengganu yang terdiri daripada anak yatim serta kurang berkemampuan sebelum menikmati juadah pelbagai menu yang disediakan semua kelab di WDI.
Seorang pelajar, Ainur Zahirah Saiful Mazram, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi duit raya kepada pelajar sekolah sepertinya.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, sambutan itu sudah menjadi acara tahunan bagi meraikan kakitangan serta semua rakan strategik dan pelanggan Pejabat SUK.
Katanya, konsep Hari Raya pada tahun ini juga sepertimana tahun sebelumnya iaitu menyediakan juadah mengikut gerai dan turut diadakan pertandingan gerai terbaik.
“Setiap kelab di WDI bertanding untuk menyediakan pelbagai juadah bagi meraikan tetamu pada hari ini, termasuklah hiasan gerai dan juadah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu.
"Beraneka juadah telah disediakan antaranya sate, lemang, ketupat, mee soto, mee kari, nasi dagang, nasi minyak, cendol, buah-buahan, kuih tradisional dan sebagainya yang diajikan dengan penuh kreatif dan menarik,"katanya.
Dalam pada itu, suasana diserikan dengan persembahan sketsa serta alunan lagu-lagu hari raya yang disampaikan oleh artis kebudayaan negeri Terengganu.
Para jemputan terdiri daripada ahli kelab WDI, kakitangan jabatan-jabatan lain dan orang ramai sekitar Kuala Terengganu membanjiri majlis seawal jam 10 pagi hingga 3.00 petang.
Sementara itu, Kelab Permata diumumkan sebagai johan gerai terbaik. - teganukite.net
|
Wednesday, 5 July 2017
Related Posts:
Nisan Kerek Batangan Tersohor Nisan kerek Manis Sokmo Enterprise yang dihasilkan di Kampung Batangan, Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Usaha tanpa mengenal erti putus asa. Itulah resepi utama kejayaan pengusaha manisan kampung atau nis… Read More
Gunting Rambut Percuma Di Bangunan UMNO Gong Kapas Sabtu Ini Sempena sesi persekolahan baru yang bakal bermula tidak lama lagi, UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengambil inisiatif memberi peluang ibu bapa yang mempunyai anak lelaki berusia antara tujuh hingga 12 tahun di sekitar Kua… Read More
Perkeso Bayar Faedah RM5.9 Juta Sepanjang 2016 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu membayar faedah berjumlah RM5.9 juta dengan membabitkan 1,177 kes sepanjang 2016 di seluruh Terengganu. Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, daripada jumlah itu, faedah hil… Read More
200 Pelajar Marang Terima Zakat Tabung Haji Seramai 200 pelajar dari keluarga miskin menerima sumbangan zakat berjumlah RM40,000 daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Keraj… Read More
Penduduk Kampung Sambut Baik Penganjuran Batangan Jamboree 2016 Petugas membersihkan kawasan sebagai persiapan penmganjuran program Batangan Jamboree 2016, Sabtu ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Penduduk Kampung Batangan, Marang, menyambut baik usaha kerajaan dan penganjur program… Read More