Wednesday, 6 June 2018


Kenderaan Amphicoach atau bas dua alam akan diteruskan bagi tujuan tarikan pelancongan ke negeri Terengganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.

Katanya, kenderaan tersebut yang sedang dalam tempoh pembaikian bagi mengatasi masalah “overheating’ adalah di bawah tanggungjawab pihak pembekal sepenuhnya disebabkan kerajaan negeri masih belum membuat sebarang penerimaan pembelian kenderaan tersebut.

Dalam sidang media  selepas mendengar taklimat Status Projek Pembangunan berkaitan pelancongan di Jabatan Kerja Raya (JKR), Bukit Kecil, di Kuala Terengganu beliau berkata, pihaknya melihat secara positif berkaitan perkara berkenaan kerana ia mampu semarakkan industri pelancongan Terengganu dan sebagai negeri pertama di Asia mempunyai kenderaan itu.

Katanya, pihak kerajaan negeri menjangkakan pada Oktober ini, ia dapat diserahkan kepada pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) untuk tujuan tarikan pelancongan.

Menurutnya, pembekal kini dalam tempoh berdenda (LAD) selama 211 hari (sehingga 5 Jun 2018) dan kos denda berjumlah RM1,100.67 sehari kerana gagal menghantar dan menyerahkan kenderaan tersebut secara sempurna mengikut skop projek.

“Setelah semua disempurnakan dengan menemuhi keperluan dan justifikasi yang dijanjikan oleh pihak kontraktor, kerajaan negeri barulah akan membuat penerimaan pembelian tersebut,” katanya.

Kerajaan negeri membuat pembelian satu unit kenderaan Amphicoach dengan kelulusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 30 April 2014 dengan harga RM3,302,000 untuk tujuan pelancongan  dan kenderaan semasa banjir.

Bagaimanapun menurut Ariffin, kenderaan itu hanya sesuai untuk tujuan pelancongan sahaja.

Dalam perkara lain, mengenai laluan persiaran rekreasi (Double Road Frontage Fasa 2 dari Pasar Payang ke Taman Shahbandar, Ariffin berkata, ia akan diserahkan kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak lama lagi.

“Laluan ini bersesuaian, sekitarnya boleh memuatkan 400 parking kenderaan, menggabungkan Jalan Persiaran, laluan pejalan kaki, laluan jogging, wakaf, landskap taman dan jeti pelancongan melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Tambah beliau lagi, ia memberi keselesaan bukan sahaja kepada pelancong dari luar, malah akan turut dinikmati oleh komuniti setempat. - teganukita.net

Related Posts:

  • Peruntukan RM80 Juta Jayakan VBT 2017 Wan Abdul Hakim memukul gong sebagai simbolik Perasmian Perayaan Pesta Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri memperu… Read More
  • Hanya RM200 Bina Buaian Di Pantai Batu Burok Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menambah bilangan buaian sedia ada di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu kepada 10 buaian tidak lama lagi. Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, empat buaian… Read More
  • Program Hari Tanpa Kenderaan Akan Diperluas Ke Setiap Daerah Kerajaan negeri akan memperluaskan Program Hari Tanpa Kenderaan selama tiga jam ke seluruh daerah di negeri ini dalam usaha melahirkan masyarakat sihat dan mempunyai semangat kesukanan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif… Read More
  • Tarian Singa Kesun Promosi VBT 2017 Alex dan R.Naidu bersama dua ekor singa yang akan melakukan jelajah bagi mempromosikan VBT 2017. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Tarian Singa Kesun bakal membantu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 20… Read More
  • Kompleks Jeti Merang Dibuka Februari Ini Jeti Merang, di Setiu yang dinaik taraf menjadi Kompleks Jeti Merang dengan kos berjumlah RM14.7 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 1 Februari ini. Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, kerja-k… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan