Tuesday, 8 May 2018
Meskipun usianya sudah menjangkau 83 tahun, namun tidak menghalang seorang warga emas yang uzur akibat sakit tua untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.
Menurut moyang kepada enam cicit Mohd Noor Ngah, walaupun uzur dan terpaksa dipapah atau berkerusi roda, ia terpaksa diketepikan demi masa depan anak cucu cicitnya.
"Pertama kali mengundi pada tahun 1959..pada masa tu Kapal Layar di bawah Parti Perikatan pada usia 23 tahun dengan semangat nak jadikan Tanah Melayu (Malaysia) milik bangsa kita.
"Hingga kini, Pak Cik berasa tidak tenang kalau tidak mengundi, kerana ini tentang ketuanan Melayu...takut hilang kuasa dan bangsa Melayu dijajah kembali," katanya yang juga bekas guru kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kuala Berang, hari ini.
Mohd Noor merupakan seorang daripada 17,848 pemilih yang layak mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Kuala Berang pada PRU14 ini.
Apa yang menariknya, Mohd Noor yang mempunyai 11 anak dan kira-kira 30 cucu itu mendakwa tidak pernah ketinggalan keluar mengundi setiap kali pilihan raya sejak dia layak mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat.
Menurut Mohd Noor, selagi masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab, dia akan turun mengundi sebagai melunaskan tanggungjawab yang besar bagi memilih pemimpin negara.
Tambahnya yang pernah memegang pelbagai jawatan parti sejak dalam perikatan hingga ke parti Umno, menganggap perjuangan dan sokongannya terhadap Barisan Nasional sudah sebati dalam diri dan keluarga.
"Kalau dulu pernah jadi penceramah masa parti kapal layar .Lepas tukar kepada Umno, pak cik pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Setiu pada tahun 60an dan jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu pada tahun 70an.
"Jawatan terakhir sebelum bersara dari politik, sempat memegang jawatan Naib Ketua Veteran Umno Bahagian Hulu Terengganu dan terpaksa berehat apabila sakit tua...tetapi syukur bila perjuangan ini diwarisi oleh dua anak perempuan yang bergiat aktif dalam Puteri Umno,"katanya lagi.
Mohd Noor berkata, baginya tiada istilah kecewa atau merajuk dengan parti sejak menceburi kancah itu kerana perjuangan untuk Melayu menjadi agenda baginya untuk memastikan BN tetap berkuasa.
"Orang yang mudah kecewa dan merajuk bukan pejuang sebenar kerana mempunyai misi lain disebalik perjuangan politik memertahankan kedaulatan melayu...jangan kerana sikap kita... anak cucu kehilangan tanahair kerana niat nenek moyang terdahulu...menangis air mata darah pun tidak berguna lagi,"ujar Mohd Noor. - teganukita.net
Related Posts:
Larangan Bertudung Mengarut - Ahmad Razif Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian Puteri UMNO di Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh. Zulkifli C.W. Putra Menteri … Read More
Gagal SPM, Dorong Muhammad Asyraf Raih Kejayaan Muhammad Asyraf (kanan) dan R Malvindran (kiri) menunjukkan anugerah yang diterima. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi pendorong kepada … Read More
KRT Perlu Manfaat Media Sosial Di Terengganu Burhanuddin Daud Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diTerengganu perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform mempromosikan program atau maklumat berkenaan peranan badan sukarela itu kepada orang ramai di negeri ini… Read More
Sukan Lasak ATV Ikon Terbaru Pelancongan Di Bukit Besi Sukan lasak All Terrain Vehicle (ATV) akan menjadi satu ikon tarikan terbaru di Bukit Besi Rainforest Endurance Park (BBREP) Dungun bagi penggemar sukan ekstrem.Pengarah Urusan Alam Perkasa Technology, Mohamad Ngah berkata… Read More
SKMM Garis Peraturan Data Diperolehi Syarikat Terkawal Jailani menandatangani plak perasmian PI1M Di Kampung Kuala Kejir Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)menggariskan beberapa peraturan kepada syarikat sebagai pengguna data bagi memastikan perolehan data terkaw… Read More