Sunday, 20 May 2018

Idris bersalaman dengan seorang pengundi
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jertih, Besut, hari ini.

Idris yang juga calon Parlimen Besut ditemani isterinya tiba ditempat pengundi jam 9.30 pagi dengan berpakaian baju berwarna biru.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Besut akan ditentang tiga calon dari pembangkang, Datuk Dr Ir Wan Nazari Wan Jusoh dari PKR dan Riduan Mohamad Nor dari PAS.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU13)  Idris menewaskan calon Pas Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi.
Idris dan isterinya Che Kamariah selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jertih
Bekas Menteri Besar  itu dijangka mampu mengekalkan kerusi Parlimen Besut pada PRU14 walaupun terpaksa berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru.

Ketika ditemui Idris berkata, beliau yakin BN Besut mampu mengekalkan kesemua empat DUN iaitu Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan menggalakan terhadap setiap program yang dijalankan BN dengan mendekati pengundi selain tiada isu yang mampu diketengahkan pihak pembangkang.

“Empat calon BN yang dikemukan di kawasan DUN masing-masing juga membuktikan mereka mencapai tahap cemerlang ketika menjadi ADUN sebelum ini,” katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Galak Ibu Tunggal Ceburi Bidang Keusahawanan Golongan ibu tunggal di negeri ini perlu berani untuk menceburi bidang keusahawanan dalam usaha mengubah nasib keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wan… Read More
  • ebih 20,000 Tetamu Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar Lebih20,000  tetamu pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri,  Menteri Besar  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Te… Read More
  • Koguru Buka Peluang Ikuti Umrah Musim Sejuk Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pakej umrah musim sejuk pada bulan Disember 2017 yang masih mempunyai kekosongan. Pengerusinya Alias Yah… Read More
  • 10,000 Meriahkan Rumah Terbuka Tengku Putera Hampir 10,000 orang terdiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang , Dato' Tengku Putera Tengku Awang pada Hari… Read More
  • Masjid UniSZA Sedia Cermin Mata Wakaf Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi masjid pertama di Terengganu menyediakan sebanyak 50 cermin mata bagi diwakafkan kepada jemaah dalam usaha membantu menyelesaikan masalah jemaah yang mengalami rabun… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:00 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan