Sunday, 20 May 2018

Ahmad Razif dan isteri menunjukkan jari telunjuk yang dicalit dakwat kekal sebagai tanda selesai mengundi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berpuas hati dengan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berjalan lancar hari ini dengan sebahagian besar pengundi keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya, setakat ini proses pengundian berjalan lancar dengan para pengundi dilihat keluar secara berperingkat-peringkat. 


“Cuaca pada hari ini juga tiada masalah. Mengikut ramalan cuaca di Terengganu tidak berlaku hujan dan dijangka baik sehingga ke petang.

“Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, saya amat berpuas hati kerana tidak ada sebarang isu, kekecohan serta provokasi yang berlaku,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai melakukan pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, kira-kira 9.15 pagi tadi.

Katanya, beliau yakin proses pengundian pada hari ini dapat berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Ahmad Razif yang juga calon DUN Seberang Takir hadir ditemani isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria turut meluangkan masa selama satu jam bermesra dengan pengundi di pusat mengundi berkenaan. - teganukita.net

Related Posts:

  • Boleh Mohon Perkahwinan Perdana TTB 2018 Borang permohonan rasmi program ‘Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana’ 2018. Berita baik untuk rakyat Terengganu yang masih bujang. Permohonan Perkahwinan Perdana tahun 2018 telah dibuka bermula pada 24 Januari 2018 … Read More
  • MB Lancar Tabung Amanah Kawat Ahmad Razif bersama para pengamal media yang mengenakan tema 'Back To School'  pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Persekolahan di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim … Read More
  • Mek Awang Balik Kampung 1 Februari Ini Program Mek Dan Awang Balik Kampung akan berlangsung bermula 1 Februari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Program Mek Dan Awang Balik Kampung selama tiga hari bermula 1 Februari ini bakal dijadikan sebagai pembuka tirai… Read More
  • 60 Petugas Media Hadir Taklimat Pilihan Raya Nik Andy bersama petugas media sesi Taklimat Kepada Petugas Media . Foto ihsan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Terengganu menjadi lokasi pertama yang dipilih  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Malaysia mengan… Read More
  • Terengganu “Molek Doh”, Terus Cemerlang Dalam Pembangunan Walaupun tempoh mencecah 10 tahun penulis berkhidmat di bumi Terengganu ini boleh dianggap masih terlalu hijau, sukar untuk menidakkan kenyataan bahawa bumi bertuah ini sudah melalui banyak fasa perubahan. Memulakan kh… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
9:56 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74666
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan