Sunday, 20 May 2018

Ahmad Samsuri ketika meninjau muara Sungai Merchang Marang. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 



Kerajaan negeri meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempercepatkan pembinaan benteng pemecah ombak  di muara Sungai Merchang, Marang bagi kemudahan laluan bot nelayan di kawasan itu.

Menteri Besar, Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya berharap projek bernilai RM43 juta yang sedang berjalan dapat disiapkan secepat mungkin bagi memudahkan kegiatan nelayan untuk keluar masuk dari muara sungai ke perairan laut.


“Kerajaan memberi jaminan, nelayan boleh menggunakan laluan ini dalam tempoh terdekat selepas selesai kerja-kerja mendalam sungai.

“Kerja-kerja ini hanya bersifat sementara sebelum pembinaan benteng pemecah ombak dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Projek Benteng Pemecah Ombak di Sungai Merchang, Marang, hari ini.


Hadir sama, Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya.

Ahmad Samsuri, pihaknya  ada berbincang dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil penduduk dan nelayan bagi mencari alternatif serta jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Jalan terbaik adalah membina benteng pemecah ombak bagi mengelak pelbagai kemungkinan berlaku di pesisiran pantai termasuk hakisan pasir dan runtuhan tebing,”katanya.

Difahamkan, kerajaan sebelum ini ada memperuntukkan lebih RM20,000 setiap tahun bagi kerja-kerja mendalamkan muara itu.

Bagaimanapun, kerja  menggali dan mendalamkan laluan-laluan untuk ke laut ini sentiasa dibuat dari semasa ke semasa dan ia hanya penyelesaian sementara. - teganukita.net

 

Related Posts:

  • Hotel Grand Continental Rai Anak Yatim Amzad bersama anak yatim sewaktu Majlis Berbuka Puasa di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, petang semalam. Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu (HGCKT) menganjurkan majlis … Read More
  • 3,959 Gerai Bazar Ramadan Diperiksa Mohamad memeriksa gerai di Bazar Ramadan, Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan sebanyak 3,959 lot Bazar Ramadan di Terengganu telah diperiksa … Read More
  • Geng Sarong Mayang UniSZA Laksana Tugas Murni Geng Sarong Mayang sedang melipat telekung untuk kegunaan jemaah surau UniSZA Masalah telekung sembahyang dan sejadah berbau tidak lagi menjadi masalah di surau-surau di dalam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ap… Read More
  • Kembali Bersatu, Elak Permusuhan - Ahmad Samsuri Ahmad Samsuri bersama penduduk pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat terutama umat Islam di negeri ini diminta kembali bersatu dan menjalinkan silaturahim sekiranya wu… Read More
  • Terengganu Akan Temui Kerajaan Pusat Bincang Isu Royalti Ahmad Samsuri ketika meninjau Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, petang semalam. Foto Harish Fadzillah Kerajaan negeri akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan … Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
12:03 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74660
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan