Sunday, 20 May 2018

Ahmad Samsuri menerima dokumen serah tugas daripada Ahmad Razif. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Majlis penyerahan tugas antara mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  kepada Menteri Besar baharu, Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berlangsung dengan lancar di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, majlis ini merupakan satu permulaan yang baik di Terengganu kerana membuktikan rakyat negeri ini boleh berpolitik dengan apa sahaja pegangan dan kefahaman.

“Walaupun berbeza tetapi akhirnya kita mencari jalan yang terbaik untuk rakyat Terengganu dan negeri khususnya.

“Sekali lagi saya bagi pihak pentadbiran kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Ahmad Razif kerana hadir bersama kita pada hari ini,”katanya kepada pemberita di sidang media selepas majlis penyerahan tugas yang diadakan di Wisma Darul Iman, hari ini.


Turut hadir Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain.

Sementara itu, Ahmad Razif mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar baharu  dan juga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta parti Pas yang telah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.


“Sebagai Pengerusi  Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu, saya  menerima kekalahan ini dengan berlapang dada dan yang paling penting hari ini adalah untuk rakyat dan saya tak ada masalah untuk membantu sekiranya tenaga saya dan rakan-rakan diperlukan kerana apa yang paling penting  pada hari ini kita kena saling bantu membantu dan  tolong menolong…yang lepas biarlah lepas.

“Yang penting bagaimana kita nak ‘moving forward’ untuk pastikan rakyat mendapat manfaat daripada apa yang diperjuangkan mana-mana  parti  apabila menang… mereka akan memberi perkhidmatan terbaik jadi bagi pihak saya tiada masalah kerana kita perlu berjiwa besar..kita perlu manfaat masa-masa yang mendatang dengan sebaik mungkin,”ujarnya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Banjir : 64 Sekolah Ditutup Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini. Daripada jumlah itu,  sekolah… Read More
  • Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Janu… Read More
  • Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu … Read More
  • Gelombang Kedua Melanda Hulu Terengganu Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula d… Read More
  • Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Ab… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
5:10 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74674
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan