Wednesday, 23 May 2018

Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Warga Kerja WDI, di Dewan Besar WDI, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.
Penjawat awam di negeri ini dibawah pentadbiran baharu diseru meneruskan kerja untuk rakyat dan melipatgandakan khidmat untuk mereka.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang seharusnya dilakukan secara kerjasama.

“Masa yang ada di saat ini ialah masa untuk kita meneruskan kerja. Saya mengajak seluruh warga kerja Wisma Darul Iman (WDI) untuk kita memulakan kerja besar untuk rakyat dan melipatgandakan khidmat untuk mereka.

"Tanggungjawab melaksanakan kerja yang berat ini hanya boleh dilakukan secara bersama dan hubungan yang erat diantara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kakitangan kerajaan yang menjadi jentera bagi menggerakkan negeri yang kita dicintai untuk mencapai kemakmuran,” ujarnya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Warga Kerja WDI, di Dewan Besar WDI, hari ini.


Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohamad Wan Ibrahim, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Zainal Abidin Hussin dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, gandingan jentera kerajaan dan seluruh agensi yang ada di bawah kerajaan negeri amat penting bagi memastikan kesinambungan dan penerusan gerak kerja yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.

“Tugas yang berat ini bukan untuk saya, exco, wakil rakyat tetapi untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

“Diatas prinsip inilah kita juga meletakkan kepercayaan kepada warga kerja WDI untuk menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.


Katanya, misi utama kerajaan kini adalah membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

“Maka ini memerlukan satu proses transformasi pentadbiran yang berterusan dan saya mengharapkan seluruh warga kerja WDI bersama saya memikul tanggungjawab besar ini,” ujarnya. - teganukita.net

Related Posts:

  • PTG Terima 23,000 Permohonan Lot Tanah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Terengganu menerima kira-kira 23,000 permohonan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sehingga pagi ini, selepas dilancarkan kerajaan negeri dalam usaha mema… Read More
  • Penyumbang RM1 Tabung UKM Terharu Ditaja Tunai Haji Penyumbang RM1 untuk Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 49 tahun lalu, bersyukur dan terharu apabila mendapat penajaan daripada universiti itu untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini. Mohamad Nord… Read More
  • RM25 Ribu Baik Pulih Rumah Mangsa Kebakaran Di Mengabang Tengah Sebuah keluarga hilang tempat tinggal apabila 80 peratus rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, petang semalam. Kebakaran dikatakan berpunca dari api lilin yang dipasang oleh ana… Read More
  • Ketua Penyelia Atra Chukai Meninggal Dunia Ketua Penyelia Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (Atra) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Che Wan Asri Che Wan Abdullah meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi akibat strok berdarah.Allahyarham Asri, 40, menghemb… Read More
  • Bertuah Terpilih Tunai Haji Ahmad Razif meraikan bakal jemaah haji pada Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Foto Zulkifli Putra “Saya menganggap diri antara insan paling bertuah kerana turut dipilih Allah … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:31 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74701
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan