Ahmad Razif menyerahkan replika cek berjumlah RM200,000 kepada Azizulhasni di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail
Kerajaan negeri menghadiahkan insentif keseluruhan berjumlah RM200,000 untuk jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang sebagai pengiktirafan di atas kejayaannya memenangi pingat emas pada acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, Khamis lalu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan perkara itu pada majlis menyambut kepulangan dan meraikan kejayaan anak jati Dungun itu, di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, hari ini.
Katanya, insentif sebanyak RM100,000 diberikan dalam bentuk wang tunai dan RM100,000 lagi untuk skim insentif latihan buat pelumba kebanggaan negara yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man itu.
Ahmad Razif berkata, insentif berkenaan diharap bukan sahaja dapat menjadi pendorong semangat buat Azizulhasni mencipta lebih banyak kejayaan di dalam dan luar negara, tetapi juga sebagai penyuntik semangat untuk atlet negeri dan anak muda lain melakar kejayaan dalam bidang sukan.
"Kejayaan Azizulhasni sangat membanggakan seluruh rakyat Terengganu dan insentif ini adalah penghargaan di atas segala kerja keras dan pengorbanan beliau untuk negeri dan negara.
"Kerajaan negeri juga merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh keluarga Azizulhasni terutama ibu bapa, isteri dan anak beliau yang banyak berkorban sekali gus menyumbang kejayaan besar ini," katanya.
Sementara itu, Azizulhasni mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pengiktirafan dan penghargaan daripada kerajaan negeri dan berharap kejayaannya dapat menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk tidak berputus asa dan bekerja keras mengejar cita-cita dan mencipta kejayaan untuk negara. - teganukite.net
|
Wednesday, 19 April 2017
Related Posts:
WorldMerdeka #QuranHour Di Hotel Permai Platform Penyatuan Ummah Guru Kafa dan orang awam antara peserta yang menyertai program WorldMerdeka #QuranHour yang berlangsung di Hotel Permai di sini, tengah hari tadi. Program sejam bermula jam 12 tengahari dimulai dengan bacaan doa, disusu… Read More
Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Meriah, Penuh Semangat Patriotik Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail (kanan) menyaksikan perarakan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Burok hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Sa… Read More
5,000 Penuhi Dataran Shahbandar Sebahagian dari rakyat Terengganu yang menyambut ambang kemerdekaan ke-60 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Lebih 5,000 orang membanjiri perkarangan Dataran Shahbandar, Kuala T… Read More
Hargai Kemerdekaan Dan Keamanan Negara- Ahmad Razif Peserta berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebelum menuju ke Taman Awam Batu Burok. Foto Zulkifli C W Putra Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta rakyat agar… Read More
Zainab Lahir Bayi Merdeka Ke-60 Yang Pertama Di Terengganu Roslee bersama bayi merdeka dan keluarga masing-masing di Priba, HSNZ, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra "Sepatutnya anak ketiga kami lahir dua minggu lagi. Tapi dah tersurat dia menjadi bayi merdeka. Tepat 12.01 ma… Read More