Tuesday, 18 April 2017


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan RM51,141,300 untuk pembayaran elaun kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (kafa), imam, guru takmir dan bilal di Terengganu, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata,daripada keseluruhan peruntukan 2017 itu, sebanyak RM50,632,800 diperuntukkan untuk pembayaran elaun guru-guru kafa, imam dan guru takmir, manakala RM508,500 disalurkan untuk pembayaran imbuhan 'one off' sebanyak RM500 kepada setiap bilal.

Seramai 3,103 orang guru kafa, imam (826), guru takmir (237) dan bilal (1,017) sedang berkhidmat di Terengganu.

Ghazali berkata, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan insentif yang cukup besar kepada para agamawan di negeri ini.

“Dengan peruntukan sebanyak ini, ianya memberi kegembiraan dan kelegaan kepada guru-guru kafa, imam dan guru takmir serta bilal sekali gus menyuntik semangat mereka untuk terus menabur bakti dan mencurah ilmu kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Program Multaqa Murabbi Ummah Negeri Terengganu Tahun 2017 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu Ghazali berkata, elaun guru kafa  juga ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 dan memberi kelebihan kepada mereka yang cuma berkhidmat tiga hari sahaja dalam seminggu. - teganukite.net

Related Posts:

  • Orang Asli Dewasa Sungai Berua Berkhatan Seramai 20 peserta masyarakat Orang Asli Sungai Berua berusia dalam lingkungan lapan hingga 20 tahun menyertai program berkhatan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Penolong Setiausaha Dakwah Sau… Read More
  • Kesedaran Bumiputera Terhadap Pelaburan Saham Masih Lemah Tengku Putera memalu gong sebagai gimik merasmikan program. Harish Fadzillah Abu Kassim Penglibatan golongan Bumiputera dalam pelaburan saham masih lagi rendah dan perlu diberi lebih pendedahan agar mereka dapat menjadi… Read More
  • Tawaran Kerja RM8 Juta Untuk 139 Kontraktor Menteri Besar bergambar bersama kontraktor selepas penyerahan surat tawaran Kerja JKR Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Seramai 139 kontraktor menerima sura… Read More
  • Anggota APM Siap Sedia Berdepan PRU Anggota APM bersiap sedia hadapi PRU  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  akan mengerahkan anggotanya pada bila-bila masa bagi menjalankan tugas pada sepanjang kempen Pilihan Raya Umum  (PR… Read More
  • Lulus Peruntukan RM500 juta Untuk Jalan Di Besut Nawi beramah mesra dengan ahli mesyuarat Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan  RM500 juta untuk menaik taraf jalan dan pembinaan jambatan kedua merentangi Sungai Besut bagi mengatasi masalah kesesakan yang ser… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:45 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan