Sunday, 29 April 2018


Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) akan menganjurkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri tepat jam 11 pagi, hari ini.

Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed berkata, semua individu, pejabat dan komuniti dimohon untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit.

 “Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda simbolik dan tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

“Program ini diadakan secara serentak di seluruh negara dan di Terengganu program ini diadakan di PPAT,” ujarnya.

Katanya, penganjuran program tahunan kali kelima ini turut mendapat kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Marzialina berkata, orang ramai juga turut berpeluang menyertai Pertandingan Swafoto Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertemakan Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.

“Syarat pertandingan cukup mudah. Orang ramai hanya perlu ambil gambar bertemakan Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dan muat naik medium sosial seperti Instagram dan Facebook dan layak untuk memenangi hadiah menarik,” ujarnya. - teganukita.net

Related Posts:

  • 60 Murid PPKI Berkhemah Seramai 60 murid dari 12 sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Daerah Setiu menyertai program perkhemahan selama tiga hari bertempat di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Putera Jaya, Setiu yang be… Read More
  • SMK Chalok Ungguli Silat Daerah Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) muncul juara keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Setiu apabila memenangi lapan daripada 14 acara yang dipertandingkan. Pengerusi Unit Silat… Read More
  • 41 Penternak Ikan Terima Bantuan Seramai 41 penternak ikan aqua air tawar dan payau di Setiu menerima sebanyak RM26,900 di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Bencana Agro Makanan Usahawan Tani Daerah Setiu, di Bandar Permaisuri, semalam. Pengurus Be… Read More
  • Rakan Taman Pertama Di Setiu Seramai 200 peserta terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Setiu (MDS) dan penduduk Taman Sri Intan, Sungai Tong, Setiu mengadakan gotong royong menanam pokok di kawasan taman itu, hari ini. Program yang pertama kali… Read More
  • 200 Anak Perantau Besut Berkumpul Di Pantai Morib, Selangor Semangat kekeluargaan dan persaudaraan  sebagai perantau mampu menjalin ikatan yang kuat dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Perhimpunan Hari Keluarga Anak Perantau Besut di Pantai Morib… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:32 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan