Monday, 30 April 2018


Mohd Jidin bersama empat calon BN di Parlimen Setiu


Semua jentera parti di peringkat akar umbi diminta bekerja keras untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN) yang terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee berkata, semangat dan komitmen semua pihak terutama jentera parti dapat memastikan parti BN terus mendapat tempat di hati rakyat dan mengembalikan kekuatan BN di Parlimen Setiu dan juga negeri ini.
"Kita mesti teruskan perjuangan tanpa meminggirkan nilai persahabatan ini demi mengekalkan keadilan dan kesejahteraan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari Penamaan Calon di Pejabat Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam.

Mohd Jidin turut berterima kasih kepada kira 4,000 penyokong yang setia mengiringi  kelima-lima calon BN dan memastikan kesemuanya berjalan lancar dan harmoni.


"Saya rasa gembira kerana di kalangan penyokong luar juga begitu baik dan inilah yang kita harapkan demokrasi sebenarnya berjalan lancar, muhibbah dan semangat persaudaraan sebagai satu keutamaan yang telah berjaya dibuktikan pada hari ini," katanya - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU 14: Masyarakat Cina Perlu Sokong BN Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat termasuk kaum Cina di negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi … Read More
  • PRU14 : Mohamed Nafi Dakwaan Sabotaj Parti Mohamed ketika menjelaskan isu mengenai dakwaan terhadap beliau kepada media. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Calon Barisan Nasional (BN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tampil untuk membersihkan namanya yang did… Read More
  • PRU14 : Jangan Pilih Wakil Rakyat `Chipsmore' Mohd Sabri bergambar dengan sekumpulan guru selepas merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengundi di Kuala Terengganu dim… Read More
  • PRU14 : Seng Cheng Tanpa Jemu Bantu Penduduk Toh Seng Cheng Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.Ca… Read More
  • PRU14 : Ambil Semangat Gelombang Biru Oleh : Ezzuan AhmadRakyat diminta membuat pemilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan kemakmuran serta pembangunan yang dikecapi sekarang.Calon BN Parlimen Dungun, Dato'  Din Adam berkat… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 13 Mac 2018
6:40 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74620
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan