Sunday, 29 April 2018
Oleh:Ezzuan Ahmad
Seramai 1,656 wakil penerima dana bantuan Perantau Orang Muda ( PROM ), kerajaan negeri menerima bantuan dana tersebut hari ini.
Majlis pemberian dana tersebut diadakan di Dewan Sivik Paka melibatkan penerima dari 24 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Mukim Paka dan Rasau Kerteh.
Majlis tersebut dirasmikan oleh calon BN Paka (N28), Tengku Hamzah Tengku Deraman.
Beliau yang juga Pegawai Penyelaras UMNO DUN Paka berkata, pemberian wang bantuan sebanyak RM200 bagi setiap penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM331,000.
"Pada kali ini wakil penerima akan dipermudahkan urusannya di mana kelulusan untuk mewakili anak mereka akan dipercepatkan berbanding sebelum ini "
"Kita tidak mahu mereka ( Ibu bapa ) merasa terbeban untuk menguruskan surat pelepasan mengikut syarat dan prosedur sepertimana sebelum ini, " katanya ketika ditemui pada majlis tersebut, hari ini.
Wakil penerima yang ditemui bersyukur dengan pemberian dana kepada anak mereka dan berharap bantuan yang sedemikian dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang.
Bagi Hasmah Hanafi , 65, pemberian sebegini patut diteruskan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.
"Alhamdulillah dengan pemberian bantuan ini dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung ketika rakyat terpaksa menghadapi kenaikan kos sara hidup, moga ianya dapat diteruskan " katanya.
Sementara Aizah Husin, 51, berkata, rakyat seharusnya mengekalkan kerajaan yang sedia ada kerana sudah banyak bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dalam membela rakyat.
"Kita patut bersyukur dengan apa yang telah kita terima.Sudah banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan dari dahulu sehingga sekarang dan kita sendiri nampak kemajuan yang diperolehi," katanya. - teganukita.net
Related Posts:
Warga Felda Di Terengganu Syukur Dengan Enam Insentif Bela Kebajikan Peneroka Warga peneroka dan generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melahirkan rasa teruja kepada Perdana Menteri ,Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memberikan enam insentif khas secara serentak baru-baru… Read More
Kekal Imej Baik Jemaah Haji Malaysia- Jailani Jailani (tengah) bersama beberapa barisan urusetia Program Haji Khas Perdana Menteri. Foto oleh Haris Fadzillah Abu Kasim Jaga nama baik Malaysia dan berilah tumpuan kepada ibadat haji serta bantu-membantu satu sama lai… Read More
Program Tautan Budi Dekatkan Anak Muda, Akar Umbi Dengan Pemimpin Setempat Roslee ketika memberi jawapan balas kepada peserta Program Tautan Budi Asiri pertama anjuran UKOM di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail. Program Tautan Budi bakal menjadi satu platf… Read More
UMT, MARDI Jalin Kerjasama Dalam Aktiviti Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalin kerjasama dua hala dalam mempertingkatkan lagi aktiviti penyelidikan dan perkongsian kepakaran kedua belah pih… Read More
Mohalim Iklim Pertaruh Herow Band Dengan `Hanya Kamu Saja' Herow Band mempertaruhkan akustik balada 'Hanya Kamu Saja'. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Kumpulan Herow band yang terdiri daripada lima anak muda dicetuskan oleh Mohalim Iklim bakal mewarnai persada tanah air … Read More