Monday 19 March 2018

Nor Aeni bergambar kenangan bersama pengamal media yang hadir pada MAM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  merekodkan  sejumlah 794 liputan media di akhbar utama edisi timur dan nasional dengan nilaian berita berjumlah RM16.8 juta telah memberi kesan secara  langsung kepada dalam memperkasakan universiti itu sepanjang tahun lalu.

Naib Canselor UMT, Prof Dato Dr Nor Aeni Mokhtar  , berkata menyedari perkara itu,  Pusat Komunikasi Korporat UMT sebagai penghubung kepada pihak media terus  mengambil insiatif mempelbagai program, memperkasakan kajian, selain menjenamakan semula #UMTSohor.

"Besarlah harapan  UMT agar sahabat media dapat  memberi sokongan dan liputan secara berterusan agar UMT terus sohor di peringkat nasional dan global mahupun peringkat nasional, " katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media (MAM) 2018 di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat, Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Wan Abd Rahman Hayat.

Kira - kira 200 pengamal media dari pelbagai agensi media hadir memeriahkan MAM yang menawarkan sebuah peti sejuk sebagai cabutan utama.

Dr Nor Aeni  turut memberitahu, ledakan perkembangan teknologi informasi maklumat, dunia kewartawanan kini menyaksikan kemunculan akhbar-akhbar dalam talian, penyebaran berita melalui laman sosial seperti facebook, instagram, twitter mahupun whatsapp, menjadi cabaran mempertahankan agenda nasional sangat besar dan mencabar.

Katanya, portal berita dan juga media sosial mengemaskini berita mereka hampir setiap minit. Aliran maklumat menjadi terlalu pantas, informasi sama ada yang sahih atau tidak disebar kepada orang awam dengan sekelip mata sehingga ada adakalanya tidak memberi ruang kepada pembaca untuk mencerna intipati yang disampaikan.

“Namun, saya percaya biar secanggih mana pun teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawan baik di media cetak, elektronik mahu pun portal berita, etika serta tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak pernah berubah khususnya dalam menyampaikan maklumat dalam aspek pendidikan,”katanya. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan