Ahmad Razif meninjau perkembangan projek jambatan angkat di Seberang Takir. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim
Jambatan angkat (draw bridge) yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan dengan Seberang Takir, Kuala Nerus dijangka siap pada September ini dan dapat digunakan sepenuhnya pada Oktober nanti.
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dengan kos keseluruhan RM248 juta itu mampu memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang mengambil masa kira-kira 10 minit.
Katanya, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan berperanan mengendalikan jambatan ikonik itu yang merupakan satu lagi mercu tanda baharu bagi Terengganu.
“Orang akan kenal Terengganu dengan draw bridge. Apabila sebut jambatan angkat pastinya akan tahu hanya di Terengganu," katanya.
Beliau berkata ketika melawat jambatan itu yang diiringi Pengurus Besar Corporate Strategic Planning Division ECERDC Datuk Ragu Sampasivam, di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.
Ahmad Razif berkata apabila siap kelak, jambatan itu dapat menyelesaikan kesesakan lalulintas di Jambatan Sultan Mahmud, yang kini semakin meruncing.
Katanya, ia sudah pasti akan menarik minat ramai pengujung terutama pelancong kerana ia merupakan jambatan yang sangat menarik dengan mempunyai empat menara yang akan menempatkan restoran dan dewan-dewan untuk majlis keramaian.
“Kerajaan sedang mengkaji dan berbincang sama ada jambatan itu dikendalikan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) atau badan-badan lain yang bersesuaian.
“Di kawasan itu nanti akan dijadikan bandar warisan pesisir air yang hidup dan dibangunkan kawasan perdagangan dengan pelbagai projek dengan peruntukan melebih RM1 bilion,”katanya.
Manakala di sebelah Selatan Kuala Terengganu pula, beliau berkata, ia akan bermula dengan Kuala Terengganu City Central (KTCC), diikuti dengan menara Tenaga Nasional Berhad.
"Tidak berapa lama lagi Mayang Mall akan mula beroperasi di situ yang akan menempatkan apartment yang menjadikan kawasan itu satu kawssan tarikan yang utama pengunjung dan pelancong," katanya.
Dengan siapnya jambatan itu kelak, ia menjadikan empat jambatan yang menghughungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus iaitu menerusi Jambatan Sultan Ismail (Pulau Rusa-Manir), Jambatan Bukti Losong (Losong-Teluk Pasu), Jambatan Sutlan Mahmud (KUala Ternggnau-Bukit Tunggal) dan Jambatan Angkat. - teganukita.net
|
Monday, 19 March 2018
Related Posts:
Terengganu Bakal Wujud Dua Lokasi Hab Digital Ahmad Razif ketika berinteraksi dengan peserta Program Wacana Intelektual Transformasi Terengganu Baharu ke arah Transformasi Nasional 2050 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus Foto … Read More
Pemilik Premis Perniagaan Disaran Kibar Jalur Gemilang Ahmad Razif (tengah) bersama pemimpin negeri mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Negaraku Sehati Sejiwa dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish … Read More
Senarai Calon BN Terengganu Pada PRU-14 Diserah Kepada PM Senarai semua calon yang berpotensi dari parti komponen Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri ini yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti, kata Menteri Besar … Read More
Jualan Kuih Gong Kapas Semakin Meningkat Menjelang Musim Pilihan Raya Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi, turut memberi kesan kepada jualan kuih-muih di Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas, Kuala Terengganu apabila semakin mendapat sambutan ramai khususnya untuk prog… Read More
Kibar Jalur Gemilang Di Dasar Laut Semarak Semangat Patriotik Pelbagai cara ditunjukkan rakyat Malaysia dalam menzahirkan semangat nasionalisme dan kecintaan kepada negara sempena sambutan Hari kebangsaan setiap tahun. Bagi Persatuan Selaman Bebas Terengganu (PSBT) pula, kelainan … Read More