Wednesday, 7 March 2018

A Latiff menunjukkan keputusan STPM 2017. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim

Terengganu melakar satu lagi cerita kejayaan dalam bidang pendidikan pada tahun ini apabila  muncul sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, dalam keputusan yang dianggap paling bersejarah, Terengganu berjaya mengekalkan kedudukan bagi tahun keempat  berturut-turut dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.91 mengatasi PNGK nasional 2.76.

Katanya, sebanyak 36 sekolah daripada 47 sekolah berjaya mengatasi gred minimum PNGK nasional, 40 sekolah merekodkan lulus 100 peratus dan tiga sekolah memperoleh keputusan 100 peratus 5A dan 4A .

“Paling membanggakan,  seramai 23 calon memperoleh semua A penuh (PNGK 4.00), 77 pelajar mendapat 4A (A dan A-).


“ Seramai 1,115 pelajar berjaya memperoleh PNGK 3.00 ke atas pada STPM 2017 berbanding 997 calon pada STPM 2016,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Keputusan STPM 2017, di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.

Shafruddin berkata,  sejumlah 2,453 calon menduduki peperiksaan itu di negeri ini yang mencatatkan peningkatan berbanding 2,254 pada tahun sebelumnya.

“Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PGNK minimum 3.45,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Perlu Sedia Hadapi Revolusi Industri Keempat A. Latiff bersama pemenang anugerah. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Masyarakat terutama penyelidik, pensyarah dan pelajar di negeri ini perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segal… Read More
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tingkat Motivasi Guru Anugerah perkhidmatan cemerlang yang diadakan setiap tahun mampu meningkatkan motivasi para guru untuk lebih berdedikasi dalam mendidik anak-anak bangsa.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi K… Read More
  • Pengundi Harus Bijak Buat Penilaian Ahmad Razif berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pengundi muda, terutama pengundi baharu berdaftar yang bakal mengundi buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tahun … Read More
  • Lebih 20,000 Kunjungi Pesta Buku @PPAT Lebih 20,000 orang mengunjungi Pesta Buku @PPAT 2018 yang kini berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, sehingga 7 April ini. Pengarah PPAT, Marzialina Moham… Read More
  • 89 Produk Sempena MPI Diiktiraf Mohd Khairul mengondol hadiah utama. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Sebanyak 89 produk daripada 311 penyertaan yang diterima sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi  (MPI)) 2018 yang berakhir semalam dianuge… Read More

Demi Masa

RABU, 19 Mac 2018
6:27 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74711
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan