Monday, 19 March 2018
-
March 19, 2018
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN , UTAMA
Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan seluruh warga pendidikan Terengganu berikutan kejayaan cemerlang dalam keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang diumumkan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, Terengganu sekali lagi mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana keputusan SPM 2017 menyamai pencapaian terbaik dalam SPM sebelum ini apabila mencapai Gred Purata Negeri 4.90 dan angka ini merupakan peningkatan 0.12 berbanding Gred Purata Negeri Tahun 2016 iaitu 5.02.
"Peratus layak SPM juga meningkat dengan pencapaian lebih baik iaitu daripada 86.6 peratus pada 2016 kepada 88.56 peratus pada 2017.
"Bagi kategori SABK/SMKA, Terengganu telah mendominasikan ranking terbaik kebangsaan apabila tiga buah sekolah menduduki tiga tempat teratas iaitu SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kemaman dan diikuti SM Imtiaz Kuala Berang," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Katanya, kehebatan Terengganu adalah apabila tiga orang pelajar mendapat semua A+.
"Mereka adalah Muhamad Khairul Azri Mohd Khalid dari SM Imtiaz Besut; Muhammad Syauqellah Razali SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu masing- masing memperoleh 11A+," katanya.
Menurutnya, manakala Nur Ellena Elmie dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus memperoleh 9A+.
"Lebih membanggakan kita iaitu seorang pelajar Calon Berkeperluan Khas dari sekolah menengah harian di Hulu Terengganu, SMK Kuala Telemong juga mendapat keputusan cemerlang.
"Pelajar itu adalah Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi SMK Kuala Telemong yang memperolehi mendapat (6A 1B 2C)," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian hebat yang meletakkan pendidikan Terenggganu mengungguli Keputusan SPM 2017. - teganukita.net
Related Posts:
Semua Guru Bertindak Sebagai Guru Disiplin Ahmad Razif mencanting batik sebagai simbolik merasmikan Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kementerian Pendidikan mem… Read More
Peguam Negara Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang UniSZA Sultanah Terengganu berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang di Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Peguam Negara, Ta… Read More
Penuntut Cemerlang Perubatan UniSZA Tidak Sempat Rawat Ayah Sendiri Fauzan (kanan) dan Farid meraikan kejayaan selepas masing-masing menerima Anugerah Pelajaran DiRaja sempena Konvokesyen UniSZA kesembilan, di UniSZA Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail … Read More
Zulkhibri Jadi Cikgu Tuisyen Rakan Sekuliah Graduan ijazah Kejuruteraan Teknologi Pembuatan yang juga bekas pegawai bank, Zulkhibri Baharom, 39, berasal dari Batu Pahat, Johor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti … Read More
TATiUC Bakal Jadi Pusat Latihan Pekerja ECRL YB Ghazali Taib Kolej Universiti TATI (TATiUC) bakal menjadi pusat latihan pekerja bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib berkata, ECRL dijangka mampu menyediakan seba… Read More