Monday, 19 March 2018

Nelayan tradisional atau nelayan Zon A (pesisir pantai) di negeri ini mampu mendaratkan sebanyak lebih 16,509 tan metrik ikan dengan nilai lebih RM132 juta setahun.

Dengan jumlah 5,698 orang nelayan Zon A di seluruh Terengganu, ia merekodkan hasil purata pendapatan nelayan melebihi RM2,000 sebulan.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, rekod itu sekali gus menutup dakwaan pembangkang yang mengatakan nelayan kita berpendapatan RM500 ke bawah sebulan.


"Itu semua fitnah dan dakwaan berniat jahat dan saya menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, bahawa nelayan di negeri ini hidup tersepit dengan pendapatan di bawah RM500 sebulan,"katanya pada sidang media di lokasi pendaratan ikan Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.

Menurut Zawawi lagi, berdasarkan kajian dijalankan bersama Bank Pembangunan Islam terhadap 145 nelayan di Kuala Nerus, hanya 70 daripada kumpulan itu yang meraih pendapatan kurang RM500 sebulan kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara sambilan.

Katanya, kajian itu juga menunjukkan secara purata, pendapatan nelayan di sekitar Kuala Nerus antara RM750 hingga RM2,500 sebulan.

"Pendapatan mereka itu kalau dinilai keseluruhan, tidak termasuk pelbagai bantuan kerajaan seperti Elaun Sara Hidup antara RM250 hingga RM300 sebulan kepada setiap nelayan berdaftar, insentif hasil tangkapan dengan kadar antara 10 sen hingga 20 sen sekilogram.

"Kerajaan juga menyediakan skim bantuan subsidi diesel petrol bagi menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan,"katanya.

Zawawi berkata, untuk tahun ini juga, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk membantu nelayan tempatan membeli peralatan operasi merangkumi mesin tarik bot di 10 pengkalan nelayan, bantuan tong insulasi dan peralatan elektronik GPS.


"Kerajaan menyediakan bantuan ini bertujuan menambah kesejahteraan nelayan dengan peningkatan hasil tangkapan sekaligus meningkatkan hasil pendapatan mereka.

"Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM550,000 untuk pembinaan tukun tiruan bertujuan membantu nelayan tradisional turun ke laut walaupun pada musim tengkujuh," katanya.

Menurutnya lagi, seramai 7,114 nelayan tempatan berdaftar di negeri ini, manakala 2,419 nelayan asing kebanyakannya dari Vietnam dan Thailand. - teganukita.net

Related Posts:

  • BR1M Bukan Rasuah - Ahmad Razif Ahmad Razif Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rasuah adalah tidak berasas. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan i… Read More
  • Kerusi DUN Bandar Untuk MCA Ahmad Razif meluangkan masa bersama kaum Cina Kuala Nerus di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Barisan Nasional (BN) Terengganu memberi komitmen penuh bahawa kerusi bag… Read More
  • Gunting Rambut Percuma Di Bangunan UMNO Gong Kapas Sabtu Ini Sempena sesi persekolahan baru yang bakal bermula tidak lama lagi, UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengambil inisiatif memberi peluang ibu bapa yang mempunyai anak lelaki berusia antara tujuh hingga 12 tahun di sekitar Kua… Read More
  • UMNO Kuala Terengganu Ringankan Beban Keluarga Kurang Berkemampuan Lebih 200 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Terengganu diraikan sempena majlis berkhatan beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu, hari ini.Ketua UMNO Bahagian Kuala Ter… Read More
  • 45 PDM Di Marang Selesai Diadili Sebanyak 45  Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Parlimen Marang selesai diadili pada pertandingan Pusat Daerah Mengundi  peringkat DUN yang bermula 1 Januari, berakhir 15 Januari lalu. PDM yang dinobatkan seba… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
10:35 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan