Monday, 19 March 2018
-
March 19, 2018
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling dinobatkan SMKA terbaik Negeri Terengganu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan pagi ini.
Dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.55 berbanding 3.25 pada tahun lalu, sekolah itu berada di tangga ke-11 SMKA terbaik kebangsaan.
Pengetuanya, Salleh Ab Bakar berkata, pencapaian terbaik sekolahnya berjaya menempatkan mereka di kedudukan 20 SMKA terbaik kebangsaan.
"Terima kasih kepada guru-guru yang tidak jemu mendidik. Begitu juga kerajaan negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri yang memberikan sokongan dan peruntukan kepada sekolah ini.
"Saya harap kejayaan ini menjadi motivasi kepada guru untuk terus gigih mencapai yang terbaik.
"Saya selaku pentadbir hanya membantu keperluan guru, tetapi merekalah yang bertungkus- lumus membentuk anak-anak ini," katanya ketika ditemui di sekolah pagi ini,"katanya kepada Teganukita, hari ini.
Seramai lapan pelajar sekolah itu berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran dan SMKADG juga diumumkan sekolah terbaik SPM 2017 Daerah Marang.
Related Posts:
Bajet 2018: Kelas Maya Dinaiktaraf Kepada I-Kelas Kelas maya dan penggunaan e-Book yang diperkenalkan kerajaan negeri di sekolah rendah sebelum ini dinaiktaraf kepada i-Kelas agar bersesuaian dengan perubahan sistem pendidikan di negera ini. Peng… Read More
Terengganu Belanja RM5.4 Juta Untuk Anugerah Sarjana YT Menteri Besar menyampaikan insentif kepada seorang pelajar di Majlis Anugerah Sarjana YT Tahun 2017 di Cindai Ballroom, Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra Terengganu membelanja… Read More
Guru SMK Tengku Mizan Wakil Negara Ke ILEP, Amerika Syarikat Siti Sarah (tengah) bersama dua lain yang terpilih mewakili Malaysia ke program The International leaders Educations (ILEP) di Amerika Syarikat selama satu semester bermula Januari ini. Seorang guru dari Sekolah M… Read More
PT3 : Terengganu Rekod 556 Pelajar Perolehi Semua A A. Latiff mengucapkan syabas dan tahniah kepada 556 pelajar yang memperolehi semua A dalam PT3 2017. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Seramai 556 daripada 20,266 pelajar yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3… Read More
1,000 Pelajar Ceria Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah PLUS Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar di Program UEM Back To School di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah … Read More