Monday, 19 March 2018

Izzat (paling kiri) bersama tiga lagi pelajar cemerlang SPM 2017 selepas menerima keputusan itu, di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, hari ini.

Kekurangan diri sebagai pelajar yang mengalami masalah dyslexia tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila diumumkan sebagai calon berkeperluan khas (CBK) cemerlang negeri Terengganu 2017.

Bagi Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu, kekurangan dirinya tidak pernah membantutkan usahanya untuk meraih kejayaan sebagaimana pelajar normal lain.

Anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan suami isteri, Suhaimi Abdullah,59, seorang pesara telekom dan Norliah Othman, 49, guru pendidikan khas di sekolah yang sama, mempunyai dyslexia iaitu menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal sejak kecil.

Ahmad Izzat berkata, dia tidak menduga akan berjaya mendapat 4A, 2A-, 1B+, 1C+, 1C dan mahu rakan yang senasibnya juga mampu mendapat kejayaan lebih baik sebagai jaminan masa depan.

Jelasnya, proses pembelajaran di dalam kelas adalah sama seperti rakan yang lain dan banyak dibantu oleh rakan-rakan termasuk guru-guru yang tak pernah membezakannya sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

"Kat sekolah belajar macam biasa lepas itu saya akan ulangkaji bersama rakan-rakan dan sambung semula bila balik ke rumah dengan bantuan abang.

"Walaupun saya hadapi masalah untuk faham dan ingat dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan sejarah, saya tetap akan cuba dan terus mencuba...dan jika saya masih ada masalah untuk memahami tentang sesuatu mata pelajaran...saya akan hubungi cikgu untuk penjelasan,"kata Ahmad Izzat kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu hari ini.

Katanya lagi untuk mencapai kejayaan pasti ada halangan tetapi dia tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk meneruskan perjuangan dengan sokongan orang-orang yang tersayang.

"Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru-guru yang mengajar dengan penuh kasih sayang dan memahami masalah yang saya hadapi malah memberi semangat untuk saya kuat hadapi SPM," ujarnya.

Beliau berkata, berita gembira ini adalah hadiah kepada ibu bapanya dan tidak sabar untuk menghubungi  mereka yang kini berada di Istanbul, Turki atas urusan kerja bagi berkongsi kejayaan itu.

Ahmad Izzat yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Sains Geomatik turut menasihatkan mereka yang mempunyai masalah sepertinya supaya tidak menjadikannya sebagai halangan untuk berjaya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Ab… Read More
  • Gelombang Kedua Melanda Hulu Terengganu Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula d… Read More
  • JKM Jamin Bekalan Makanan Mencukupi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan kepada mangsa bencana boleh bertahan sehingga Mac ini, jika banjir berterusan di Terengganu. Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkiply Ramli, berkata pihakny… Read More
  • Tiga Sekolah Masih Ditutup Walaupun kebanyakan kawasan yang dinaiki air semakin pulih di Terengganu, tiga buah sekolah rendah di Setiu dan Hulu Terengganu bagaimanapun masih ditutup berikutan jalan utama dan kawasan sekolah yang ditenggelami air. … Read More
  • Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Janu… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:48 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan