Sunday, 25 February 2018

Ahmad Razif bersama kakitangan penerima anugerah cemerlang TDM  Berhad. Foto Harish Fadzillah Kassim

Kumpulan Terengganu Development Management (TDM) Berhad menawarkan pakej mengerjakan umrah kepada 19 pekerja cemerlang syarikat itu

Mereka bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) dijangka menunaikan ibadat itu pada  14 hingga 25 Mac depan.

Tawaran pakej umrah bersama Andalusia Travel & Tours bernilai RM8,000 setiap seorang yang julung kali itu diberikan sempena menghargai jasa dan sumbangan mereka serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamat Muda berkata, daripada 19 penerima, 12 daripadanya adalah pekerja cemerlang mengikut kategori syarikat di bawah Kumpulan TDM terdiri daripada pengurusan tertinggi, eksekutif, supervisor dan pemandu.

Menurutnya, setiap seorang daripada mereka menerima sijil penghargaan dan wang tunai.
“Penilaian terhadap penerima berpandukan kepada Indeks Penilaian Prestasi Tahunan (KPI) terbaik bagi 2017 oleh TDM dan syarikat masing-masing.

“Selain itu, pengurusan TDM juga mengambil kira kecemerlangan yang diberikan oleh kakitangan tersebut dalam menjalankan tugas dengan penuh komitmen, dedikasi, berdisiplin tinggi, 
mengamalkan sikap berpasukan dan hasil kerja yang berkualiti,” katanya sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan TDM 2018, Kuala Terengganu, malam semalam.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Anugerah prestasi syarikat terbaik dan cemerlang dibahagikan mengikut kategori perladangan, kilang dan hospital.


Bahagian perladangan dimenangi Ladang Jaya di bawah pengurusan Saifuddin Mustaffa, manakala bagi kilang dimenangi Kilang Kelapa Sawit Kemaman di bawah pengurusan Shahbudin Usop serta hospital pula di menangi Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) di bawah kepimpinan Abel Ahing.

Manakala anugerah pencapaian TTB TDM diperkenalkan pada 27 Februari 2017 turut diberikan kepada syarikat yang telah laksanakan EPP (Entry Point Projects) bagi 2017 iaitu EPP 20 (World Class Replanting Program ), EPP 6 (Completing of Kemaman Bio Compost Plant), EPP 28 (Introduce New Specialties and Treatment Modalities) dan EPP 34 (Implement Effective Performance Management Process).

Sementara itu, anugerah prestasi individu terbaik dibahagikan mengikut empat kategori iaitu Kategori Pengurus dan Ketua Jabatan Terbaik dimenangi Norfar’izan Hashim, Eksekutif Terbaik (Mohd Fahmi Azmi), Penyelia Terbaik (Mohd Azmi Omar) dan Pemandu Terbaik (Zainuddin Ibrahim).

Selain itu, kategori Pengurus Ladang dan Kilang Terbaik dimenangi Abdullah Zawawi Jusoh, Penolong Pengurus Ladang dan Kilang Terbaik (Mohamad Firdaus Abd Sata), Kakitangan TeknikalLadang dan Kilang Terbaik (Y.M Engku Zahadi Engku Zawawi) Pekerja Am Ladang dan Kilang Terbaik (Ismail Abdul Rahim).

Bagi kategori hospital pula empat kategori dipertandingkan iaitu kategori Ketua Hospital Terbaik (Abel Ahing), Pengurus dan Ketua Jabatan Terbaik (Mohammad Ghazali Zainal Yusof), Kategori Eksekutif Terbaik (Norazreen Ahmad Zaini) dan Penyelia Terbaik (Shahrol Nizam Mohd Hadzri). - teganukite.net

Related Posts:

  • Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail. Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739… Read More
  • Pantau Projek Elak Terbengkalai Ahmad Samsuri bermesra dengan kanak-kanak Orang Kurang Upaya. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri akan memantau secara serius semua projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Kuala Nerus bagi mengelak te… Read More
  • Jambatan Angkat Beroperasi Dalam Tempoh Setahun Dari Sekarang Menteri Besar bergambar dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Arkitek Jabatan Kerja Raya yang memenangi gerai tercantik dalam pertandingan antara agensi sempena Majlis Hari Raya Wisma Negeri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku… Read More
  • UKOM Dijenamakan Semula Kepada UPDI Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) yang merupakan jentera penggerak media rasmi kerajaan negeri akan dijenamakan semula berkuatkuasa 1 Julai ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Neg… Read More
  • Golongan Berpendapatan Rendah Mula Nikmati Bekalan Air Percuma Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa I… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
4:28 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74655
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan