Sunday, 25 February 2018

Ahmad Razif bersama wakil panel penasihat klinik kesihatan yang menerima bantuan kewangan untuk jabatan. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 

Bas amfibia (Amphicoach) yang diterima kerajaan negeri dua hari lalu menjadi sasaran fitnah segelintir individu di laman media sosial yang menyatakan kenderaan itu rosak.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau cukup kesal dengan dakwaan itu sedangkan video yang ditular seakan bas tersekat ketika mahu naik ke daratan  itu adalah prosedur biasa yang perlu dilalui kerana mahu memeriksa enjin.


"Perkara sebegini tak bagus untuk industri pelancongan sedangkan apa yang kita buat, adalah untuk kepentingan rakyat," katanya.

Beliau  berkata demikian kepada  media selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Terengganu dan Timbalan Menteri Kesihatan Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Terengganu di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dato’ Dr Azman Abu Bakar yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Mohammad Omar.

Ahmad Razif berkata, walaupun pembelian bas amfibia menelan belanja tinggi, ia mampu merancakkan industri pelancongan.

"Walaupun harga kenderaan ini mahal, rakyat kena faham industri pelancongan adalah aktiviti berganda yang mana setiap ringgit kita keluarkan, kita akan dapat pulangan tiga ringgit yang akhirnya akan dapat kepada rakyat juga.


"Kenderaan ini hanya ada 13 buah saja di seluruh dunia dan kita negara kedua di Asia serta pertama di Asia Tenggara memilikinya, ditambah tarikan 'drawbridge' (jambatan angkat) nanti, berebut orang datang dan berbelanja di sini," katanya.

Beliau berkata, bas jenis 'amphicoach' berharga RM3 juta itu akan mula beropersi di sekitar bandar raya ini  selepas melalui beberapa prosedur yang ditetapkan  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

“Pada masa sama memilih  pemandu berpegalaman  yang boleh mengendalikan kenderaan dua alam itu.

"Kita nak perkasakan aktiviti pelancongan di Kuala Terengganu dan kerana itu bas ini akan beroperasi di daerah ini di laluan yang sudah disediakan termasuk menyusuri Sungai Terengganu," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Muncul Naib Juara Piala Tun Abdul Razak Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif ( lima dari kanan) dan Dato' Rozi meraikan kejayaan pasukan THT yang muncul naib johan di pentas final Piala Tun Abdul Razak, malam ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pasuka… Read More
  • Sokongan Terhadap BN Kian Meningkat Ahmad Razif sempat bermesra dengan masyarakat setempat sebelum menyempurnakan penyerahan bantuan kepada warga India dalam program di SK Lembah Jabor, Kemaman, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Sokongan rakyat t… Read More
  • THT Bakal Pertahan Piala Tun Abdul Razak Malam Ini Terengganu selaku juara bertahan menepati ramalan mara ke pentas final bakal bertemu Perak dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak Edisi ke-55 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam ini.Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu men… Read More
  • Terengganu Bersiap Siaga Hadapi Banjir Kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersiap sedia dengan persiapan rapi kelengkapan logistik dan keanggotaan bagi menghadapi musim tengkujuh. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,… Read More
  • Jangan Sesekali Putus Asa Anakku - Ahmad Razif Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini memberi kata-kata semangat kepada pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa. Fatehah dilaporkan terbabit dalam kemalangan pada final keirin di siri kedua Piala… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
12:16 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74653
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan