Monday, 5 June 2017
Projek pembangunan 160 unit Rumah Pangsa Mampu Milik di Pulau Redang yang mengalami kelewatan pembinaannya dijangka siap akhir Julai ini.
Projek perumahan setinggi lima tingkat melibatkan empat blok itu mula dibina pada 2012 di kawasan seluas 1.7 hektar kini hampir 86 peratus siap.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata projek rumah pangsa mampu milik yang bernilai RM28.6 juta itu adalah projek perumahan yang pertama di pusat peranginan itu.
"Harga yang ditawarkan kepada pemohon yang berkelayakan hanya RM68,000 seunit walaupun kerajaan terpaksa menanggung kos pembinaan lebih RM250,000.
"Nilai projek yang terpaksa ditanggung lebih tinggi dibandingkan di tanah besar, bagaimanapun kerajaan tetap mengenakan harga mengikut kemampuan penduduk yang hanya perlu membayar RM184 sebulan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau projek perumahan itu sempena Lawatan Rasmi Menteri Besar Ke Pulau Redang, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Bazlan Abd Rahman.
Ahmad Razif berkata, setiap unit rumah dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air itu cukup penting bagi penduduk yang kebanyakannya hanya pekerja resort dan nelayan.
"Ada di kalangpan mereka yang terpaksa tinggal berhimpit dua hingga empat keluarga dalam kediaman ibu bapa kerana kesempitan wang untuk membina rumah sendiri,"katanya. - teganukite.net
Related Posts:
TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017 TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM448.8 juta bagi kewangan berakhir 31 Disember 2017 (FY2017) , peningkatan 4.7 peratus berbanding jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM428.5 juta. Sementara itu, keuntun… Read More
Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018, Dibuka Mulai Esok Satiful Bahari mengadakan sidang media berkaitan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 Permohonan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 secara dalam talian akan dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai esok (24 Mei) sehing… Read More
Geng Sarong Mayang UniSZA Laksana Tugas Murni Geng Sarong Mayang sedang melipat telekung untuk kegunaan jemaah surau UniSZA Masalah telekung sembahyang dan sejadah berbau tidak lagi menjadi masalah di surau-surau di dalam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ap… Read More
Kerja Untuk Rakyat, Lipatgandakan Khidmat Untuk Mereka-MB Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Warga Kerja WDI, di Dewan Besar WDI, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail. Penjawat awam di negeri ini dibawah pentadbiran baharu dis… Read More
3,959 Gerai Bazar Ramadan Diperiksa Mohamad memeriksa gerai di Bazar Ramadan, Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan sebanyak 3,959 lot Bazar Ramadan di Terengganu telah diperiksa … Read More