Sunday, 11 February 2018
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) mensasarkan penambahan sepuluh buah Kolej Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua tahun.
Menterinya, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu dilaksanakan untuk memantapkan dan memperkasakan lagi akademik di kolej-kolej Tingkatan Enam.
"Kolej Tingkatan Enam mempunyai premis dan pentadbiran yang tersendiri, guru yang dilantik khas dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran pra universiti yang kondusif.
"Tidak semestinya bina bangunan baru tapi boleh guna bangunan sedia ada dengan sedikit penambahan dewan dan asrama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Kolej Tingkatan 6 Hulu Terengganu (HuTeCs) & Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung PIBG Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Seri Jailani Johari; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, Bazlan Abd Rahman.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) KPM; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Husin.
Tambahnya lagi, setiap kolej Tingkatan Enam ini akan dapat menampung 250 hingga 300 orang pelajar dalam satu masa.
Untuk rekod, Pusat Tingkatan Enam Mod 1 mempunyai premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan mempunyai pentadbiran tersendiri serta beroperasi dengan sekurang-kurangnya 12 kelas.
Mod 2 pula merujuk kepada pemusatan kelas Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 12 kelas di blok berasingan di sekolah arus perdana manakala Mod 3 merujuk kepada pemusatan kurang daripada 12 kelas dan berkongsi blok di sekolah arus perdana.
Pada majlis yang sama, Mahdzir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 300,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu untuk bantuan pengurusan dan pentadbiran. - teganukite.net
Related Posts:
Enam Pegawai Kerajaan Negeri Bertukar Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran negeri. Enam pegawai tadbir negeri Terengganu ditukarkan ke jawatan baharu berkuatkuasa 16 Mei lalu.Pertukaran yang dinyatakan dalam surat yang ditandatangani Pemangku Setiausaha Kerajaa… Read More
Tabika Kemas Beroperasi Seperti Biasa Dr Samsuri mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Foto Harish Fadzillah Kassim Operasi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini akan berjalan seperti biasa dalam proses p… Read More
Terengganu Akan Temui Kerajaan Pusat Bincang Isu Royalti Ahmad Samsuri ketika meninjau Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, petang semalam. Foto Harish Fadzillah Kerajaan negeri akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan … Read More
Kembali Bersatu, Elak Permusuhan - Ahmad Samsuri Ahmad Samsuri bersama penduduk pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat terutama umat Islam di negeri ini diminta kembali bersatu dan menjalinkan silaturahim sekiranya wu… Read More
Kerajaan Negeri Pimpinan Pas Teruskan Dana Raya Kerajaan negeri mengumumkan untuk meneruskan Bantuan Dana Raya 2018 sebagai menambahkan keceriaan dan kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri di kalangan rakyat negeri ini terutama kepada golongan berpendapatan kecil. Me… Read More