Tuesday, 6 February 2018

Dato' Mohd Zubir Embong bersama wakil-wakil Persidangan DUN Muda GPMS Negeri Terengganu 2018.

Usul yang dibawa oleh Sharifah Nor Saidatul Husna Syed Anuar, wakil Kuala Berang dalam mewujudkan Terengganu Youth City (TYC) pada Persidangan DUN Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu 2018 mendapat persetujuan majoriti.

TYC bertujuan membawa pembangunan generasi muda Terengganu selari dengan hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menerapkan lima elemen penting.

Menurutnya, pertama adalah mensasarkan peningkatan 50 peratus tenaga kerja tempatan di negeri Terengganu menjelang 2025 dan kedua mengukuhkan jati diri dan kerja-kerja sukaralewan terutama dalam kalangan belia berumur 18 tahun ke atas.


"Menjadi kuasa ekonomi digital Pantai Timur menjelang 2023 serta mewujudkan bank data belia menjelang 2020 juga antara elemen yang perlu diberi penekanan untuk menjayakan TYC."

"Terakhir, melahirkan New Talent Management Terengganu sekurang-kurangnya 1,000 orang setiap tahun bermula 2019 juga merupakan elemen bagi merealisasikan TYC,"katanya.

Turut hadir Pengerusi GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Amirullah Othman dan Presiden Alumni GMPS, Syed Anuar Syed Mohamad.

Menurut Tengku Haphiz berkata, usul tersebut telah mendapat undian terbanyak dan akan memulakan kerja awal dalam mewujudkan pusat tersebut dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT).


Katanya, persidangan pada tahun ini berbeza berbanding tahun lalu yang mengusulkan tentang pembangunan ekonomi belia manakala untuk 2018, pihak GMPS ingin mewujudkan pusat bersifat fizikal.

"Pusat bersifat fizikal ini adalah agar kita dapat membantu belia Terengganu dalam sebarang bidang yang mereka minati.

"Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan peratus kes jenayah yang melibatkan para belia," katanya dalam satu kenyataan kepada media,"katanya.


Sementara itu, Ahmad Zakuan Zakaria (pelajar UPM) dipilih sebagai pembahas terbaik persidangan kali ini. - teganukite.net

Related Posts:

  • Kelek JB Prihatin Sedia Juadah Sahur Petugas Malam Adun Ajil, Maliaman Kassim menyampaikan sumbangan juadah untuk bersahur kepada kakitangan Hospital Hulu Terengganu sempena Program Singgah Sahur anjuran Kelek JB semalam Di saat orang lain lena dibuai mimpi, ada insan-insa… Read More
  • Cari Pahala Di Bazar Ramadan Hampir seminggu umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Bermakna, kira-kira seminggu juga para peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh daerah mencari rezeki menjual juadah berb… Read More
  • Orang Ramai Dijemput Meriahkan Program Nostalgia Ramadan Orang ramai dijemput memeriahkan Program Nostalgia Ramadan  anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini bertempat di Pasarnita Tanjung, Kuala Terengganu. Datuk Bandar M… Read More
  • Hotel Grand Continental Rai Anak Yatim Amzad bersama anak yatim sewaktu Majlis Berbuka Puasa di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, petang semalam. Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu (HGCKT) menganjurkan majlis … Read More
  • Program Jelajah Ramadan Ceriakan 40 Anak Yatim Omar menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang terpilih dalam program Jelajah Ramadan. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim. Seramai 40 anak yatim ceria apabila menerima barangan keperluan harian dan wang tunai meneru… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:57 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74697
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan