Sunday, 11 February 2018
Kementerian Pelajaran tidak akan menghalang guru daripada menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka diingatkan supaya tidak terlalu ghairah dalam menonjolkan diri sebagai penyokong pembangkang.
Menterinya, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata guru perlu menghormati profesion mereka dan terikat dengan peraturan serta undang-undang sebagai penjawat awam.
“Ini adalah negara demokrasi dan setiap individu ada hak untuk menyokong sesiapa sahaja yang mereka mahukan tetapi jangan terlalu menonjol apabila menunjukkan sokongan.
“Contohnya, jika dia seorang guru besar dan pada masa yang sama pemimpin sebuah parti pembangkang, tidak sesuai jika dia naik ke pentas untuk bercakap perkara yang tidak baik terhadap kerajaan. Nanti apa pula kata ibu bapa dan pelajar?
“Anda berada dalam kerajaan tetapi pada masa yang sama anda tidak berpuas hati dengan kerajaan dan anda tunjukkan ketidakpuashatian anda secara terbuka. Itu tidak betul. Harus ada garis antara seorang penjawat awam dengan penyokong parti pembangkang, ” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada, semalam.
Turut hadir Pengerusi Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata pihak kementerian telah mengenal pasti sekolah-sekolah yang akan menjadi pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-14.
“Suruhanjaya Pilihan Raya telah memaklumkan Kementerian dan semua Jabatan Pelajaran negeri mengenai sekolah-sekolah yang akan dibuat pusat mengundi.
“Kita mempunyai 10,200 sekolah di seluruh negara dan kebanyakannya akan dijadikan pusat mengundi,” katanya. - sumber Terengganu Times - teganukite.net
Related Posts:
PSUK Terengganu Jalin Kerjasama Dengan UniSZA Perkasa Modal Insan Pegawai Tadbir Negeri Satu kerjasama strategik khususnya dalam sektor pendidikan bagi memperkasa modal insan dalam kalangan pegawai tadbir negeri ini diwujudkan di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Terengganu dan Universiti S… Read More
Promosi Terengganu Melalui Makanan Nasi Dagang Sejuk Beku yang dihasilkan oleh T-Kitchen. Foto oleh Zulkifli C W Putra. Kerajaan negeri yakin dapat mempromosikan Terengganu ke peringkat antarabangsa melalui produk makanan tradisional.Menteri Besar, Dato'… Read More
Kontijen PMINT Juara Keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 Samiun (tengah) bersama wakil kontijen PMINT yang muncul juara keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 pada majlis penutup yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Fo… Read More
Dr Zaleha Wanita Pertama Dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Sultan Mizan berkenan menyampaikan pertauliahan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu kepada Dr Zaleha. Foto Harish Fadzillah Kassim Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dato’ Sri Dr Zaleha Kamarud… Read More
MSNT Sedia Tawar Jurulatih Sambilan Kepada Che Azrol Ibni bersama beberapa pegawai MSNT melawat Che Azrol yang mendapat rawatan di HSNZ. Foto oleh Zulkifli C W Putra Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersedia menawarkan jawatan sebagai jurulatih sambilan kepada be… Read More