Sunday, 11 February 2018

Ahmad Razif ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyeru kepada semua termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk berjihad melawan fitnah yang semakin berleluasa.

Katanya, jihad yang dimaksudkan adalah dengan memesan kepada mereka yang sering melakukan fitnah supaya menghentikannya.

Ahmad Razif berkata, selain daripada berpesan, fitnah juga perlu dilawan melalui memberikan fakta yang betul.

"Kerana itulah saya ingin mengajak semua sekali termasuk NGO-NGO kita untuk berjihad. Jihad sekarang bukan angkat senapang, parang atau pedang tetapi jihad sekarang adalah dengan jari melalui telefon yang ada di tangan kita.  Kita kena jelaskan.

"Yang penting hari ini kita kena buat perkara yang betul kerana kita sudah berada di atas landasan dan tidak perlu takut walaupun saya tengok banyak serangan demi serangan dilakukan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir, Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail.

Dalam majlis tersebut lebih 200 wakil daripada 15 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu melibatkan diri.

Setiap NGO turut menerima RM10,000 bagi menguruskan kelab dan persatuan mereka selain mengadakan program-program untuk anak Terengganu di perantau.

Tambah Ahmad Razif, sebagai orang yang berjihad kini, kita perlu memberikan kebenaran kerana hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang menjaga kebajikan rakyat jika dibandingkan pihak lain.

"Mereka (pembangkang) boleh fitnah. Apabila masuk ke mahkamah, jawapan yang diberikan adalah bergurau.

"Hanya tuhan sahaja yang tahu keadaan mangsa fitnah tersebut. Betapa seksanya mereka, keluarga serta keturunan. Semua orang bercakap. Anak serta keluarga disisihkan adalah kerana fitnah," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • PRU14 : Pembangkang Hanya Tabur Janji Kosong Oleh : Ezzuan AhmadPembangkang dilihat tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya pandai menabur janji-janji kosong setiap kali tibanya pilihan raya.Calon Barisan Nasional (BN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, … Read More
  • PRU14 : Ambil Semangat Gelombang Biru Oleh : Ezzuan AhmadRakyat diminta membuat pemilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan kemakmuran serta pembangunan yang dikecapi sekarang.Calon BN Parlimen Dungun, Dato'  Din Adam berkat… Read More
  • PRU14: Kembalikan Kegemilangan Pembangunan Marang Mohamad Nor berucap di hadapan penduduk dalam Majlis Tahlil dan Solat Hajat DUN Bukit Payung Calon P037 Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut menyeru 105,000 pengundi yang turun pada 9 Mei ini untuk mengembalikan legasi ke… Read More
  • PRU14 : Sengketa Itu Biasa, Tidak Jejas Parti Idris Oleh: Ezzuan AhmadProtes yang berlaku pada segelintir ahli UMNO pada pengumuman calon untuk bertanding dalam pilihan raya adalah perkara kecil dan biasa berlaku di mana-mana.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idr… Read More
  • PRU14: Zaitun Komited Tingkat Ekonomi Penduduk Calon N18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung (N18), To' Puan Zaitun Mat Amin berazam memberikan nilai tambah kepada pembangunan sedia ada untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan itu. Menurut beliau,… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:31 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74701
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan