Sunday, 11 February 2018
-
February 11, 2018
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN , UTAMA
Penduduk Kampung Serada, di Parlimen Marang boleh menarik nafas lega apabila impian mereka sejak 10 tahun lalu untuk mendapatkan sebuah sekolah menengah di kampung itu menjadi kenyataan, hari ini.
Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, pembinaan sekolah baharu itu berikutan pelajar dari kampung itu terpaksa bersekolah di sekolah yang agak jauh dari kampung.
Antaranya mereka terpaksa bersekolah di SMK Padang Midin, SMK Seri Nilam, SMK Tun Telanai dan SMK Sultan Mansor yang jaraknya lebih 10 kilometer dari kampung atau jarak rumah.
“Majoriti ibu bapa di sini bekerja sebagai petani menyebabkan mereka kurang mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang jauh.
“Selain itu, berlaku kepadatan sekolah-sekolah berkenaan menyebabkan keselesaan pelajar terganggu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Parlimen Marang, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang.
Mahdzir berkata, SMK Serada akan dibina di atas tanah seluas 16 ekar melibatkan peruntukan sebanyak RM27 juta.
“Ia akan menempatkan 18 bilik darjah, makmal sains, bilik pentadbiran, surau, dewan terbuka dan lain-lain kemudahan. Pembinaan itu dijangka siap pada 2019,” katanya. - teganukite.net
Related Posts:
5,000 Graduan Mahu Dilahirkan Dari Politeknik Setahun Timbalan Perdana Menteri bersama kepimpinan negeri melambai tangan kepada hadirin sempena Majlis Pecah Tanah Politeknik Besut di Bukit Keluang, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Timbalan Perdana Menteri, D… Read More
ICESR Dan TADMIC 2017 Kumpul 109 Penyelidik, Bentang Lebih 90 Kertas Kerja Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, (ESERI), Universiti Sultan Zainal (UniSZA) bersama Institut Teknologi Sains Perubatan, Universiti Kuala Lumpur (MESTECH, UniKL) dan Teknologi Astronautik (M) Sdn. Bhd. (ATS… Read More
124 `Mahasiswa' SMKTB Diraikan Di Majlis Graduasi Jailani menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar cemerlang SMKTB sempena majlis graduasi sekolah itu, semalam. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim Seramai 124 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Baria… Read More
Terengganu Sasar 1,352 Calon SPM 2017 Dapat Semua A A. Latiff dan warga pendidik bergambar bersama calon-calon SPM di Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Terengganu mensasarkan 5.34 peratus at… Read More
Politeknik Ke-34 Di Besut Hasrat kerajaan untuk menjadikan Daerah Besut sebagai hab pendidikan utama di Terengganu akan menjadi kenyataan apabila sebuah politeknik baharu akan dibina tidak lama lagi. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) su… Read More