Sunday, 4 February 2018
Akhirnya Bas Amfibia atau bas dua alam sampai dengan selamat di Malaysia dan difahamkan kini berada di Pelabuhan Klang.
Bas yang menjadi antara modal politik pembangkang, perlu melalui beberapa proses pemeriksaan teknikal oleh beberapa agensi berkaitan termasuk Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya sebelum dibawa ke Terengganu dan bakal ditempatkan di Taman Tamadun Islam Terengganu.
Menurut pihak Jabatan kerja raya (JKR) Terengganu, bas amfibia itu juga perlu diperiksa dengan teliti agar mematuhi spesifikasi dan ciri-ciri yang dijanjikan oleh pembekal serta mengutamakan keselamatan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Khairul Azlan Mohd Yusof berkata, dalam masa terdekat, bas akan dibawa ke Terengganu dan akan singgah beberapa pusat tumpuan di daerah yang bakal ditentukan oleh jabatannya .
“Ianya akan bermula dari Daerah Kemaman sehingga ke Besut dan akhirnya bas akan dipamerkan bagi tontonan umum di Ekspo Terengganu 2018 bermula pada 25 Februari sehingga 3 Mac ini,"katanya.
Katanya, rakyat Terengganu pastinya sedang menantikan kemunculan bas unik itu yang akan menjadi satu tarikan baharu dalam industri pelancongan negeri.
Kenderaan buatan kilang di Malta itu mampu memuatkan seramai 45 penumpang dan dua pemandu dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air, manakala di jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam.
Terengganu merupakan negeri pertama yang memperkenalkan bas dua alam itu.
Difahamkan, kerajaan negeri sedang membuat persiapan untuk majlis penyerahan Bas Amfibia berkenaan dalam masa terdekat serta sidang media mengenai kenderaan itu juga akan diadakan sebaik bas itu tiba di Terengganu nanti. - teganukite.net
Related Posts:
Selamat Bersidang, Perhimpunan Agung UMNO Ke- 71- Ahmad Razif Saya turut sama mengalu-alukan Perhimpunan Agung UMNO ke- 71 dan mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dan pemerhati dari segenap ceruk dan rantau. UMNO berakar umbi sejak tempoh masa yang begitu … Read More
Pelajar Islam UniSZA Tidak Terlibat Ajaran Sesat Cubaan memesongkan agama yang menggunakan nama ‘Mother of God’ di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak tidak menyasarkan pelajar Islam. Sebaliknya kumpulan ajaran sesat terdiri daripada tujuh individu… Read More
T-Kitchen Sasar Pendapatan RM2.5 Juta Dato' Seri Ahmad Razif bersama dengan wakil dari setiap agensi dan syarikat yang mendatangani MoU dalam majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-… Read More
T-Kitchen Bakal Kerjasama Dengan Syarikat Produk Halal Tersohor, Brahim Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pemasaran produk makanan halal terkemuka, Brahim SATS Food Services Sdn Bhd pada 6 Disemb… Read More
Dana Bakti Remaja 2018 Boleh Dimohon Mulai Hari Ini Permohonan Program Dana Bakti Remaja 2018 dibuka selama sebulan mulai 4 Disember 2017 hingga 4 Januari 2018. Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permohonan… Read More