Tuesday, 5 December 2017


Permohonan Program Dana Bakti Remaja 2018 dibuka selama sebulan mulai 4 Disember 2017 hingga 4 Januari 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permohonan yang perlu dibuat secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon samada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu dimana pemohon diminta mengisi kembali permohonan dan tiada kemaskini maklumat.

Katanya, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my

“Antara syarat kelayakannya, pemohon mestilah rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM1,500 sebulan.

“Berumur diantara 21 tahun hingga 40 tahun dan belum berkahwin pada tarikh pengisian borang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemohon juga wajib mendaftar sebagai daftar pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa).

Beliau berkata, borang permohonan yang telah diisi perlu mendapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing.

Program Dana Bakti Remaja telah memasuki 13 tahun perlaksanaannya dan tahun ketiga bagi program Transformasi Orang Muda (TOM). - teganukite.net

Related Posts:

  • Pantau Projek Elak Terbengkalai Ahmad Samsuri bermesra dengan kanak-kanak Orang Kurang Upaya. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri akan memantau secara serius semua projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Kuala Nerus bagi mengelak te… Read More
  • Jambatan Angkat Beroperasi Dalam Tempoh Setahun Dari Sekarang Menteri Besar bergambar dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Arkitek Jabatan Kerja Raya yang memenangi gerai tercantik dalam pertandingan antara agensi sempena Majlis Hari Raya Wisma Negeri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku… Read More
  • Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail. Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739… Read More
  • Golongan Berpendapatan Rendah Mula Nikmati Bekalan Air Percuma Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa I… Read More
  • UKOM Dijenamakan Semula Kepada UPDI Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) yang merupakan jentera penggerak media rasmi kerajaan negeri akan dijenamakan semula berkuatkuasa 1 Julai ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Neg… Read More

0 comments :

Post a Comment

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:16 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan