Thursday, 7 December 2017
Pergerakan Wanita UMNO akan terus kekal dengan penuh iltizam untuk membantu kepimpinan Presiden parti untuk membawa UMNO lebih jauh ke hadapan.
Wakil Pergerakan Wanita UMNO Negeri Terengganu, Zurina Abdul Rahman,berkata sebagai tulang belakang sayap parti, wanita pastinya akan menyokong sepenuhnya kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bagi membawa perubahan dan transformasi politik dalam parti keramat UMNO ini.
"Biar sehebat mana badai meredah, kita pantang menyerah dan kami Wanita UMNO bersiap sedia menerima arahan untuk mara mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional kerana kemenangan menjadi cita-cita utama kami.
"Bumi ini kitalah yang melakarnya, kitalah yang membentuknya, kitalah yang membina dan membangunkannya. Ayuh kita sepakat, kita bertekad untuk mempertahankan bumi ini kerana di sinilah kita bermula dan di sini jugalah kita akan tetap mempertahankannya," katanya ketika mencadang usul politik pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
Zurina berkata, jentera parti seramai 454,776 orang Jalinan Rakyat (JR & JR Plus) yang ditunjangi oleh wanita sebagai tulang belakang parti dan negara dilancarkan oleh presiden parti akan bersiapsiaga untuk ke medan perang bagi menawan hati pengundi sekali gus memastikan UMNO terus dominan di kalangan masyarakat Melayu.
"Terbukti kita punyai jentera wanita mantap, berdisiplin, mempunyai ilmu dan kepakaran, siap siaga serta berani menghadapi pembangkang atau sesiapa jua yang cuba memusnahkan kestabilan negara, keharmonian rakyat dan kerajaan BN yang dipilih secara demokratik,"katanya.
Seramai 5,739 anggota perwakilan UMNO berkampung bagi mengikuti perhimpunan yang bermula semalam (5 Disember) hingga Sabtu ini (9 Disember).
Daripada jumlah itu, seramai 2,978 perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menyertai persidangan itu kali ini. - teganukita.net
Related Posts:
Senarai Hitam Kontraktor Gagal Siap Projek Sekolah A Latif menanam pokok sebagai gimik merasmikan tapak pembinaan SMK Tok Jembal. Foto Harish Fazillah Kontraktor yang gagal menyiapkan projek pembinaan sekolah mengikut tempoh yang ditetapkan akan dikenaka… Read More
Kerajaan Negeri Adakan Himpunan Bantah Kekejaman Israel Kerajaan negeri akan mengadakan himpunan bantahan terhadap kekejaman rejim Israel ke atas penduduk Palestin di perkarangan Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man pada 11 Ogos ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razi… Read More
Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Bermula Hari Ini Ahmad Razif menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. Tg Syamim Tg Ismail. Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir memberi nafas baharu kepada … Read More
Jualan Bebas Cukai Tasik Kenyir Fasa 1 Tiada Produk Berduti Tinggi Jualan bebas cukai di Tasik Kenyir hanya melibatkan aktiviti peruncitan dan tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, produk minuman alkohol termasuk rokok dan tembakau.Pengurus Besar Lemb… Read More
ExxonMobil Sumbang RM462 Ribu Untuk Perkasakan Program STEM, BI Mohd Zubir melihat replika cek di Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan ExxonMobil untuk Program Pendidikan dan Kemasyarakatan Negeri Terengganu 2017, di Hotel Primula Beach, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Is… Read More