Thursday, 7 December 2017


Puteri UMNO tidak akan merajuk,tidak akan bergasak dan tidak menutup bilik gerakan sekiranya tidak terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum ke 14(PRU 14) nanti,demikian kata Ketua Puteri UMNO, Dato' Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau memberi jaminan kerana sedar bahawa pilihan raya umum ke 14(PRU 14)ini adalah getir, penting dan ibu kepada segala pilihan raya.

"Maka Puteri UMNO  akan terus memasakkan janji dan wala' terhadap pemimpin dan parti UMNO ini bagi memenangkan Barisan Nasional.

" Sebab itu, Puteri tidak mendesak sebarang pemilihan calon. Cuma kami mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira wanita dan orang muda,"katanya pada ucapan dasar Ketua Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Menurut Mas Ermieyati ,YAB Presiden mempunyai metodologi sendiri sewaktu memilih calon namun pihak Puteri mengharapkan calon yang dipilih itu nanti mestilah juga menekankan pendekatan WLWC: (Winnable, Likeable, Workable, dan Capable).

" Maksudnya calon yang dipilih mestilah yang boleh menang, disukai pengundi, mampu bekerja dan berkebolehan.

" Bahkan, bagi calon langsung seperti yang disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, adalah kaedah yang terbaik, Puteri UMNO mengharapkan juga konsesus yang sama dapat dicapai oleh semua parti komponen Barisan Nasional.

Katanya, dengan berbekalkan keahlian seramai 390,843 orang dan pemilih Puteri UMNO seramai 331,353 orang setakat suku tahun ke-2, Puteri UMNO akan melangkah lebih agresif selepas ini.

"Nilai-nilai positif ini perlulah dikekalkan. Puteri UMNO bukanlah satu medan untuk tempat kita meminta-minta jawatan, meminta-minta pangkat, meminta-meminta harta benda.


" Jauh sekali untuk mengejar populariti. Jadilah seperti seekor semut yang patuh pada arahan ketua, sentiasa bekerjasama dalam kumpulan dan setia berjuang memastikan sarangnya berdiri kukuh dan utuh dari pelbagai ancaman. Walaupun penghuninya bertukar ganti, sarangnya tetap kekal selamat,"ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • UMNO, BN Akan Dapat `Kawan Baru' - Zahid Ahmad zahid ketika berucap berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Faddzilla… Read More
  • UMNO Terengganu Diiktiraf, Perintis Adakan Pertandingan PDM Zahid meletakkan tangan sebagai gimik pelancaran sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Da… Read More
  • Jangan Ulangi Kesilapan - Razif Ahmad Razif bersama Zahid bersembang sesuatu pada selepas Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan  di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Rakyat Terengganu te… Read More
  • Jangan Jadi 'Gunting Dalam Lipatan' -Razif Ghazali berpelukan dengan bekas Adun Ajil, Dato Rosol Wahid pada pertemuan sempena kunjungan Ahmad Razif ke DUN itu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Semua ahli UMNO di negeri ini diminta tidak menjadi '… Read More
  • TPM Meriahkan Resepsi Putera Tengku Zainuddin Zahid Hamidi dan Ahmad Razif serta Shabery sempat bergurau dengan pengantin dalam majlis resepsi putera Tengku Zainuddin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
11:58 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan