Wednesday, 27 September 2017
Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata peningkatan dalam prestasi kewangan didorong terutamanya dari bahagian perladangan dan penjagaan kesihatan.
Katanya, dengan nilai peningkatan hasil pendapatan tersebut, TDM Berhad melakukan bayaran dividen dan perkongsian keuntungan kepada agensi-agensi kerajaan negeri berjumlah RM7.01 juta.
"Jumlah pembayaran dividen bagi agensi-agensi kerajaan negeri adalah berjumlah RM4.72 juta iaitu kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd.
"TDM Berhad juga membayar keuntungan sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan RM249,277 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai bayaran keuntungan hasil perkongsian usahama," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Replika Cek Oleh TDM Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.
Ahmad Razif berkata, bahagian perladangan mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah RM245.9 juta berbanding jumlah tahun sebelumnya RM215.6 juta.
Katanya, bagi bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM182.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 2016.
Tambahnya, seiring dengan prestasi kewangan bagi tahun kewangan berakhir 2016, pemegang saham telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham.
"Dasar dividen TDM Berhad adalah membayar kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih tahunan yang disatukan selepas cukai serta seteah mengambil kira kepentingan pihak minoriti," katanya. - teganukite.net
Related Posts:
Ahmad Nadzarudin CEO Baharu Golden Pharos Berhad Golden Pharos Berhad (GPB), sebuah syarikat berasaskan pembalakan mengumumkan pelantikan Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa mulai 13 September lalu. Pelant… Read More
PMINT Perkenal Dream Home Di KP Perdana, Seberang Paka PMINT memperkenalkan satu pakej pembangunan istimewa `Dream Home', yang menawarkan lot banglo di kawasan perdana KP Perdana, Kuala Terengganu dan Seberang Paka, Dungun di ekspo PMINT Property Fest 2017. Ketua Pegawai Ekse… Read More
TDM Berhad Catat Hasil Pendapatan RM428 Juta Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad R… Read More
16 Spesies Ikan Utama Bernilai Tinggi Ditemui Di Sungai Besut Sebanyak 16 spesies ikan utama yang bernilai tinggi dan boleh menjadi sumber mata pencarian kepada nelayan darat ditemui di Sungai Besut. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladang… Read More
Peroleh RM50 Ribu Sebulan Hasil Kuih Bulan Halal Seorang usahawan muda mampu memperolehi pendapatan kasar kira-kira RM 50,000 sebulan hasil menjual kuih bulan dan kuih bakul yang diusahakan di rumahnya setiap hari di Bukit Kuang, Chukai. Haziqah NurulHuda Harun, 21 t… Read More